Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kompleks JPJ baharu akan dibina di Limbang – Hasbi
  • TEMPATAN

Kompleks JPJ baharu akan dibina di Limbang – Hasbi

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI….Perasmian Kompleks JPJ Sarikei oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Sebuah kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baharu akan dibina di Bahagian Limbang dan pembinaannya akan dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

“Sebab ia sama juga dengan JPJ Sarikei, sudah berpuluh tahun ‘menumpang’ di bangunan kedai yang berpindah-pindah.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan pembinaannya dan insya-Allah terlaksana pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis perasmian Kompleks JPJ Sarikei, hari ini.

TANDATANGAN….Datuk Hasbi Habibollah menandatangani plak perasmian di Bangunan Blok B. Foto: Earl Anek

Selain itu, katanya bukan hanya di Sarawak, di Semenanjung dan Sabah juga banyak pejabat JPJ yang perlu dinaik taraf. 

“Ada pejabat JPJ yang dibina pada 60an dan perlu dinaik taraf,” katanya. 

Sementara itu, menjawab soalan media berkenaan dengan isu passport biru untuk melintasi negara Brunei, katanya, beliau telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

“Saya telah berhubung dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Ismail telah pun mengangkat perkara ini dan dalam proses sekarang untuk mengeluarkan passport biru itu. 

“Insya-Allah, memang dalam perhatian Kementerian, passport biru ini sangat berguna untuk penduduk terutama sekali di utara Sarawak dan juga semua lori yang melintasi sempadan ini,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP Kuching’s 66th anniversary dinner fully booked, reflecting strong support from public
Next: Michael Kong desak MPP bertindak segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.