Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Komitmen Sarawak perkasa komuniti pekak, latihan bahasa isyarat diperluas
  • SUKAN

Komitmen Sarawak perkasa komuniti pekak, latihan bahasa isyarat diperluas

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng bergambar bersama perserta sempena Larian Baton SOPMA 2025 anjuran Persatuan Orang Pekak Sarawak yang berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), pagi tadi. -Foto UKAS.

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh komitmen terhadap pendekatan inklusif bagi memperkasa komuniti orang pekak menerusi pelaksanaan latihan asas bahasa isyarat kepada semua guru dan murid Tadika Sedidik di seluruh negeri.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, inisiatif tersebut turut merangkumi penggunaan bahasa isyarat dalam nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri sebagai langkah awal menyemai kesedaran dalam kalangan kanak-kanak terhadap budaya komuniti tersebut.

“Langkah ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha meningkatkan kefahaman serta kesedaran terhadap komuniti orang pekak, khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Larian Baton SOPMA 2025 anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak yang berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), pagi tadi.

Mengulas sambutan masyarakat terhadap acara berkenaan, Fatimah memuji penyertaan luar biasa warga Kuching yang melebihi 1,000 peserta, sekali gus melangkaui sasaran awal pihak penganjur.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan siri larian ini yang bermula di Miri, diikuti Bintulu dan Sibu, sebelum tiba di Kuching,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa program seumpama ini turut memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pemahaman masyarakat umum terhadap komuniti orang pekak yang masih kurang dikenal pasti oleh sebahagian pihak.

Dalam pada itu, Fatimah memaklumkan bahawa Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan Orang Pekak Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.

Oleh Amanda L.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jom Fit Jom Sihat bermula 5 Julai depan, hadiah wang tunai menanti peserta
Next: Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.