Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komitmen penuh pastikan projek Masjid Baharu Kabong lancar dan ikut spesifikasi
  • Tengah
  • WILAYAH

Komitmen penuh pastikan projek Masjid Baharu Kabong lancar dan ikut spesifikasi

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Kabong yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kabong, kelmarin. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menegaskan komitmen penuh beliau dalam memastikan projek pembinaan Masjid Baharu Kabong dilaksanakan secara terancang, sistematik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Kabong yang dipengerusikannya telah membincangkan beberapa perkara penting berkaitan perancangan serta pelaksanaan projek berkenaan.

Fokus utama perbincangan adalah penyelarasan peranan jawatankuasa dalam memastikan setiap fasa pembinaan berjalan lancar.

Katanya, mesyuarat tersebut turut memberi ruang kepada ahli jawatankuasa untuk mengetahui perkembangan dan status kemajuan semasa projek, termasuk aspek teknikal serta pengurusan tapak pembinaan.

“Kerjasama yang padu antara semua pihak amat penting bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang,” katanya.

FOTO ADUN Kabong

Dalam pada itu, beliau turut mempengerusikan Mesyuarat Kelulusan Bahan (Bil.1/2026) bagi meneliti serta mempertimbangkan kelulusan bahan binaan yang akan digunakan dalam projek pembinaan masjid tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa pemilihan bahan binaan yang berkualiti dan mematuhi piawaian amat penting bagi menjamin keselamatan, ketahanan serta keselesaan jemaah pada masa hadapan.

Chee Kadir berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Kabong yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kabong, kelmarin.

Beliau berharap agar segala perancangan dan pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lancar, teratur serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Selain menggesa semua pihak yang terlibat agar terus memberikan kerjasama sepenuhnya demi memastikan masjid baharu itu siap mengikut jadual dan memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang 2026 perkenal bayaran QR, pertandingan lampu gerai
Next: Tradisi bubur lambuk Kampung Tengah Simanggang terus subur menjelang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.