Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Komitmen pelbagai pihak penting untuk menyokong pembangunan sekolah menengah persendirian Cina
  • PENDIDIKAN

Komitmen pelbagai pihak penting untuk menyokong pembangunan sekolah menengah persendirian Cina

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK KENANGAN… (duduk, dari empat kiri) Chieng, Lau, Lu merakam kenangan bersama ahli lembaga pengarah dan tetamu pada majlis makan malam kutipan dana SM Wong Nai Siong, malam tadi.

SIBU: Komitmen berterusan daripada pelbagai pihak amat penting dalam menyokong pembangunan sekolah menengah persendirian Cina terutamanya dalam menghadapi cabaran semasa termasuk kekangan kewangan.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong, Dato Chieng Buong Toon berkata, sokongan berterusan daripada masyarakat dan pihak berkepentingan amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan serta perkembangan institusi pendidikan berkenaan.

“Kami amat berterima kasih atas kehadiran serta sokongan berterusan daripada pelbagai pihak yang sentiasa bersama kami dalam memajukan sekolah ini,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Kutipan Dana SM Wong Nai Siong, malam tadi.

Majlis tersebut diadakan sempena penyerahan kupon jualan amal sekolah berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 13 Jun ini.

Beliau berkata, pengurusan sekolah menengah persendirian Cina bukan sesuatu yang mudah, khususnya dari segi pembiayaan serta cabaran struktur kerana berada di luar sistem pendidikan arus perdana negara.

“Kami telah melalui pelbagai cabaran selama ini, terutamanya dari segi pembiayaan. Tanpa sokongan padu daripada persatuan dan masyarakat, kami tidak mungkin dapat bertahan hingga ke hari ini,” katanya.

Chieng turut menyifatkan sambutan ulang tahun ke-59 penubuhan sekolah tersebut sebagai hasil usaha bersama serta sumbangan pelbagai pihak, sama ada dalam bentuk kewangan mahupun khidmat sukarela.

Beliau juga menekankan kepentingan memelihara warisan budaya sebagai asas identiti sesebuah komuniti yang perlu dipertahankan oleh setiap generasi.

“Budaya adalah asas identiti kita. Ia memerlukan usaha berterusan dan komitmen daripada setiap generasi untuk memastikan kelangsungannya,” ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah SM Wong Nai Siong, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming serta pengetua sekolah, Lu Yew Hiing.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Lonjakan keputusan SPM bukti kemajuan pendidikan Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.