Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komitmen kerajaan Sarawak bangunkan rumah ibadat pelbagai agama di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Komitmen kerajaan Sarawak bangunkan rumah ibadat pelbagai agama di Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Dato Paulus Palu Gumbangbersama ahli jawatankuasa chapel sempena Perasmian Chapel St. Mary Bukid Gudang, Limbang.

LIMBANG: Kerajaan Sarawak komited membangunkan rumah ibadat pelbagai agama di negeri ini dan ini terbukti melalui pembinaan lebih 20 gereja dan chapel di kawasan Dewan Undangan Batu Danau, Limbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata bagi tujuan itu sebahagian peruntukan disalur melalui Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) dan dana kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana di bawah program pembinaan chapel kita telah menyediakan peruntukan besar untuk pembinaan chapel di kawasan Batu Danau.

“Setakat ini saya rasa lebih daripada 20 chapel termasuk yang belum siap dan dalam pembinaan dan kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana membantu pembinaan rumah ibadat ini,” katanya ketika ditemui media pada perasmian Chapel St. Mary Bukid Gudang, Limbang semalam.

Jelasnya pembinaan gereja dan gereja mini merupakan hasil usaha gigih komuniti setempat serta sokongan kukuh daripada kerajaan Sarawak.

Pada masa sama katanya kemudahan rumah ibadat seperti gereja ini bukan saja untuk menjalankan aktiviti keagamaan tetapi merupakan lambang kepercayaan dan perpaduan antara komuniti Kristian di Sarawak.

Mengulas mengenai pembinaan Chapel St. Mary Bukid Gudang, Limbang, ia dibina pada 2017 dan siap pada 2019 di bawah peruntukan RTP dengan kos bernilai RM300,000.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lumba haram, merempit, JKJR Bahagian Limbang ambil langkah serius
Next: Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono tamat perkhidmatan penghujung April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.