Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komitmen GPS perkukuh keharmonian agama melalui pelaksanaan projek UNIFOR
  • TEMPATAN

Komitmen GPS perkukuh keharmonian agama melalui pelaksanaan projek UNIFOR

Utusan Sarawak 3 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menghadiri Majlis Apresiasi UNIFOR yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. Foto ADUN Kalaka

KUCHING: Pelaksanaan projek-projek di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) terus menjadi bukti jelas komitmen kuat kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memenuhi keperluan masyarakat berbilang agama serta memelihara keharmonian rakyat di negeri ini. 

Langkah tersebut sekali lagi ditekankan melalui program pembangunan berfasa yang dilaksanakan di seluruh Sarawak sepanjang tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebanyak 380 projek UNIFOR telah berjaya dilaksanakan di seluruh negeri ini pada 2025, meliputi pelbagai keperluan rumah ibadat dan komuniti bukan Islam. 

Katanya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka turut menerima dan melaksanakan projek-projek berimpak melalui peruntukan tersebut, sekali gus memastikan tiada komuniti terpinggir dalam agenda pembangunan negeri.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menghadiri Majlis Apresiasi UNIFOR yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. Foto ADUN Kalaka

Menurut beliau, kejayaan pelaksanaan projek-projek ini jelas mencerminkan dasar inklusif kerajaan GPS yang sentiasa menekankan semangat perpaduan serta kesejahteraan antara penganut agama di Sarawak.

“Pelaksanaan projek UNIFOR ini menunjukkan komitmen kuat kerajaan terhadap keperluan masyarakat berbilang agama serta usaha memperkukuh keharmonian dalam kalangan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Duri mengingatkan semua pihak yang masih belum menghantar laporan projek supaya berbuat demikian dengan kadar segera. 

Jelasnya, rekod dan laporan lengkap amat penting bagi membantu UNIFOR mematuhi keperluan kerajaan serta memastikan ketelusan dalam setiap perbelanjaan, memandangkan proses audit dan pemantauan merupakan elemen penting dalam pengurusan peruntukan awam.

Beliau menyampaikan perkara itu ketika menghadiri Majlis Apresiasi UNIFOR yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam. 

Majlis berkenaan turut menghimpunkan wakil-wakil rumah ibadat, pemimpin tempatan dan pihak pengurusan UNIFOR sebagai penghargaan terhadap kerjasama dalam menjayakan pelbagai projek sepanjang tahun.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut mengumumkan berita gembira apabila Premier Sarawak mengumumkan penambahan RM10 juta kepada peruntukan UNIFOR tahun hadapan, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM120 juta. 

Penambahan ini memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memastikan keharmonian antara penganut pelbagai agama terus diperkukuh melalui sokongan pembangunan yang inklusif.

Dasar yang konsisten dan sokongan kewangan yang kukuh, UNIFOR kekal sebagai platform penting dalam memastikan Sarawak terus menjadi model negeri yang aman, bersatu dan harmoni dalam kepelbagaian agama.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bekas pelajar TLC Class of 1974/75 raikan ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di Kuching
Next: Belanjawan Sarawak 2026 fokus kebajikan, pendidikan dan pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.