Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komitmen agensi pelaksana diperluas, pastikan manfaat projek luar bandar disampaikan
  • TEMPATAN

Komitmen agensi pelaksana diperluas, pastikan manfaat projek luar bandar disampaikan

Utusan Sarawak 5 days ago
TAKLIMAT PROJEK… Dato Sri Rohani Abdul Karim dan rombongan ketika menghadiri sesi taklimat salah satu projek pembangunan luar bandar di Lawas.

LAWAS: Komitmen agensi pelaksana dalam menjayakan projek pembangunan luar bandar perlu terus dipertingkat bagi memastikan golongan sasar menerima manfaat yang sewajarnya.

Penasihat Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Dato Sri Rohani Abdul Karim, menegaskan bahawa setiap projek pembangunan luar bandar di Sarawak perlu disiapkan mengikut jadual agar impaknya dapat terus dirasai rakyat.

“Lawatan ini membolehkan kita menilai secara langsung kemajuan projek, mengenal pasti isu serta mencari jalan penyelesaian agar kelewatan tidak menjejaskan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai program taklimat dan lawatan pemantauan projek pembangunan Persekutuan di Miri dan Lawas dari 29 September hingga 1 Oktober 2025.

Menurutnya, program pemantauan selama tiga hari itu memberi fokus kepada enam projek daif melibatkan sekolah dan klinik kesihatan, termasuk beberapa projek yang telah diklasifikasikan sebagai Lewat Jadual.

Sepanjang sesi lawatan, Dato Sri Rohani menerima taklimat teknikal daripada agensi pelaksana termasuk JKR Sarawak, JKR Malaysia, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO), yang memperincikan status semasa, langkah intervensi, dan strategi pelaksanaan projek.

Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Sapiah Daud, turut hadir menyertai lawatan tersebut.

Beliau berharap agar semua projek yang dilawati dapat disiapkan mengikut jadual seterusnya meningkatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan bagi penduduk luar bandar.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Yap cautions against raising lorry weight limits
Next: Lima projek pembangunan dirancang di kawasan Maludam dan Triso

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.