Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited tangani isu air bertakung, sistem saliran tersumbat
  • Tengah
  • WILAYAH

Komited tangani isu air bertakung, sistem saliran tersumbat

Utusan Sarawak 1 day ago

TINJAUAN… Pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sarikei yang mewakili Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan tapak bersama Pegawai JPS Bahagian Sarikei. 

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato’ Sri Huang Tiong Sii komited menangani isu air bertakung dan sistem saliran tersumbat di beberapa kawasan sekitar Sarikei.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, masalah ini telah menjejaskan kehidupan penduduk setempat setiap kali hujan lebat, terutamanya di kawasan yang mempunyai sistem saliran lama atau tersumbat.

“Bagi memastikan isu ini diselesaikan, permohonan kerja penyelenggaraan dan pengaliran semula telah dikemukakan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei.

“Usaha ini adalah bagi menangani isu air bertakung, sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik serta aliran air tersumbat yang menjejaskan kehidupan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi media, baru-baru ini. 

Pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sarikei yang mewakili Tiong Sii juga telah menjalankan lawatan tapak di kawasan terjejas untuk menilai keadaan sebenar dan mengumpul maklumat bagi pelan tindakan yang lebih berkesan.

Tinjauan tersebut memberi peluang kepada pihaknya untuk melihat sendiri keadaan sistem saliran yang memerlukan perhatian segera, terutamanya di kawasan rendah yang mudah dinaiki air.

Antara kawasan yang terlibat dalam tinjauan tersebut adalah Jalan Ming Chiang Sungai Meradong, Jalan Bunga Raya, Jalan Bakong/Meradong Sungai Tekam, Jalan Chung Fung bahagian belakang Siew Bakong, Jalan Sing Hua di Sungai Bakong, Jalan Rumah Rendu China di Sungai Mawan, Jalan Sing Hock KJD dan Jalan Rumah Adiah Bungai di Sungai Ulu Mador.

Penduduk tempatan menyambut baik kehadiran pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sarikei tersebut dan meluahkan rasa lega kerana isu ini mendapat perhatian segera daripada wakil rakyat mereka.

Mereka turut menyatakan bahawa masalah air bertakung ini telah lama membelenggu kehidupan seharian, malah memberi kesan kepada pergerakan dan aktiviti ekonomi penduduk setempat.

Tiong Sii berkata, hasil tinjauan tersebut akan dijadikan rujukan untuk merangka pelan tindakan dan mengenal pasti kaedah terbaik bagi melaksanakan kerja naik taraf saliran.

“Saya akan terus berusaha mendapatkan peruntukan yang diperlukan demi memastikan kemudahan asas di kawasan ini berada dalam keadaan baik. 

“Isu seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian penduduk,” katanya. 

Turut hadir semasa tinjauan ialah Pegawai JPS Bahagian Sarikei, Mary Rittie dan Alwani Abdullah. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 292 peserta sertai ceramah kebakaran di SK St. Alphonsus
Next: ADUN Meradong hadiri mesyuarat program bantuan MyLesen B2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.