Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komited perkukuh kecekapan, profesionalisme sektor awam
  • TEMPATAN

Komited perkukuh kecekapan, profesionalisme sektor awam

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Superi Awang Said bersama warga STIU merakamkan gambar bersama selepas Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025, baru-baru ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kecekapan dan profesionalisme sektor awam menerusi Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025, yang berlangsung selama empat hari baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak ini bertujuan memastikan penilaian AKPANS dijalankan dengan lebih holistik dan bertaraf antarabangsa.

Pengarah STIU, Superi Awang Said, berkata penerapan elemen Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) dalam proses penilaian menjadikan AKPANS setanding dengan sistem yang diguna pakai di 84 negara.

“Pemerkasaan panel penilai bukan sekadar meningkatkan ketelusan pemilihan penerima anugerah, tetapi juga menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Selain memperkukuh pemahaman panel terhadap metodologi penilaian yang lebih komprehensif, program ini turut memberi penekanan kepada aspek audit kualiti perkhidmatan, pematuhan tadbir urus yang baik serta kelestarian agensi pada masa depan.

Seorang panel penilai yang terlibat menyifatkan latihan kali ini sebagai lebih mencabar, namun efektif dalam memastikan kesiapsiagaan dan kecemerlangan agensi kerajaan.

STIU turut merakamkan penghargaan kepada 48 panel penilai yang komited dalam memastikan AKPANS mencapai standard tertinggi.

Anugerah yang diadakan setiap dua tahun itu dijadual bermula pada 8 April 2025, dengan pelbagai peringkat penilaian termasuk taklimat kepada agensi, penilaian kendiri, penyerahan laporan, audit desktop, pembentangan serta lawatan tapak.

Menurut kenyataan itu lagi, pemenang AKPANS 2025 akan diumumkan bersempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jangan jadikan kanak-kanak sebagai kandungan media sosial – Nancy
Next: 222 kontinjen ‘banjiri’ Kuching sempena perarakan ulang tahun Dewa Seng Ong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.