Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ketengahkan lima usul elak belia tercicir peluang pekerjaan
  • SEMASA

Ketengahkan lima usul elak belia tercicir peluang pekerjaan

Utusan Sarawak 8 months ago
KENANGAN… Dato Gerald Rentap Jabu bergambar bersama yang lain selepas sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Sarawak 2024 di hotel terkemuka Kuching hari ini.

KUCHING: Terdapat lima usul diketengahkan bagi memastikan golongan belia di Sarawak tidak tercicir untuk mendapatkan peluang pekerjaan selaras sasaran kerajaan Sarawak untuk memiliki tenaga pekerja mahir menjelang 2030.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, usul itu nanti akan dibawa pada mesyuarat bersama agensi terlibat.

“Lima usul tersebut adalah Kelab Belia dan Sukan mendapatkan dana daripada kerajaan Sarawak, penyalahgunaan media sosial dalam golongan belia, gejala sosial lain, isu keciciran pelajar dalam pendidikan formal dan memperluas peluang pekerjaan untuk belia” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Sarawak 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Sarawak, katanya, pada tahun ini, telah merekodkan sebanyak 800 kes penyalahgunaan media sosial dalam golongan belia.

Kes tersebut, ujarnya, merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius dan diambil berat oleh setiap agensi terlibat.

Antaranya, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Oleh Noor Ikmal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anggota perkhidmatan awam Sarawak perlu punya pemikiran seiring – Abang Johari
Next: STATOB di Brunei, cerminan Sarawak pupuk integrasi serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.