Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komited janji manifesto ditunaikan
  • TEMPATAN

Komited janji manifesto ditunaikan

Utusan Sarawak 3 years ago

KOMITED…Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memastikan semua janji manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN-12) ke-12 ditunaikan.

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) komited memastikan semua janji manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) tahun lalu ditunaikan.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya akan terus bekerja keras supaya yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“GPS tidak memberi janji kosong sebaliknya akan berusaha menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada rakyat.

“Kita sebagai Wanita PBB perlu memainkan peranan penting agar semua 34 janji dalam manifesto GPS dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada majlis Makan Malam Apresiasi Majlis Tertinggi Wanita (MTW) PBB bersama 82 Ketua Wanita Cawangan (KWC) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Menurut beliau, GPS adalah parti yang bertanggungjawab dan sentiasa berpegang teguh kepada janji-janji mereka.

Dalam pada itu, beliau menyaran Wanita PBB untuk terus berjuang dan bekerja dengan lebih gigih dalam menyumbang kepada kemajuan Sarawak.

“Kita mahu Wanita PBB sinonim dengan perkataan rajin bekerja. Apabila menyebut rajin bekerja, orang ramai akan secara automatik mengingati kerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Dan pada masa sama, kita mahu melihat lebih banyak penglibatan wanita serta memastikan elemen keterangkuman dan sosial inklusiviti dalam pergerakan PBB demi kebaikan bersama pada masa hadapan,” katanya.

Continue Reading

Previous: ‘Rumah Hantu’ di Kuching
Next: Tiong pertikai keputusan Khairy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.