Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited bantu penduduk menerima kemudahan elektrik
  • Tengah
  • WILAYAH

Komited bantu penduduk menerima kemudahan elektrik

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TURUN PADANG… Mohamad Duri turun padang ke Rumah Amban Danis, Sungai Antu berjumpa dengan penduduk menyelesaikan masalah berkaitan penyambungan bekalan elektrik. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri terus komited untuk membantu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka menerima kemudahan bekalan elektrik di kediaman mereka.

Katanya, projek bekalan elektrik luar bandar disiapkan mengikut pakej dan kelewatan pemasangan meter serta pendawaian elektrik bukan sahaja berlaku di DUN Kalaka sahaja, malah di kawasan-kawasan lain yang terlibat dengan projek berkenaan.

Justeru, hari ini beliau telah turun padang ke Rumah Amban Danis, Sungai Antu berjumpa dengan penduduk rumah panjang berkenaan dan sekali gus membuat satu sesi dialog ringkas berkaitan permasalahan dan mencari jalan penyelesaian secara terperinci.

“Hari ini, saya berkesempatan meninjau perkembangan projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Rumah Amban Danis, Sungai Antu.

“Penyambungan bekalan elektrik ke rumah panjang baharu itu adalah fasa pemasangan pendawaian dalaman oleh Volterra Enterprise selaku kontraktor yang dilantik menerusi proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Pendawaian elektrik di rumah panjang tersebut dijangka siap memgikut jadual yang dah ditetapkan oleh agensi pelaksana projek iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong iaitu bermula 3 April lalu dan siap 23 Julai nanti termasuk penyambungan talian perkhidmatan tiga fasa oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB),” katanya.

Mohamad Duri berkata kesemua penduduk Rumah Amban Danis Sungai Antu menzahirkan raso bersyukur kerana bakal dapat menikmati bekalan elektrik selama 24 jam.

“Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan Sarawak dalam membangunkan kemudahan asas untuk rakyatnya. Ini juga membuktikan kita sentiasa mendengar keluhan rakyat pedalaman dan luar bandar Sarawak.

“Oleh itu, saya akan terus berusaha agar setiap kawasan dan penduduk di DUN Kalaka dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik, yang akan memudahkan aktiviti seharian.

“Sebab itu saya sentiasa berhubung dengan pihak SEB mahupun kontraktor serta kementerian berkaitan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Turut sama pada lawatan tersebut iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Harjam Jamain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu kekurangan tanah perkuburan Kristian perlu ditangani segera
Next: Francis Harden pantau kemajuan projek rakyat di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.