Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komeng dominasi perlumbaan, bawa pulang RM20,000 hadiah utama
  • Selatan
  • WILAYAH

Komeng dominasi perlumbaan, bawa pulang RM20,000 hadiah utama

Utusan Sarawak 8 hours ago
TEAM Komeng diraikan sebagai juara Regata Sebuyau 2025 pada majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Julaihi Narawi. Foto Ukas

SEBUYAU: Team Komeng membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara acara utama Bidar 30 Pekayuh Lelaki pada Regata Sebuyau 2025 sekali gus dinobatkan sebagai ‘Raja Laut’ edisi tahun ini.

Persaingan di Sungai Sebuyau berlangsung sengit sejak pelepasan awal apabila 10 pasukan terbaik bertarung habis-habisan bagi merebut gelaran paling berprestij dalam kejohanan berkenaan.

Team Komeng yang menggunakan plat 32 mengekalkan rentak konsisten sepanjang perlumbaan, menumpaskan cabaran sengit daripada pasukan Saga Sebuyau (plat 17) di penghujung saingan untuk muncul pemenang mutlak di garisan penamat.

Dengan kemenangan itu, Team Komeng membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta piala kejuaraan.

Saga Sebuyau pula berada di tempat kedua dan menerima RM10,000 berserta piala, manakala Intan Terpilih (plat 28) di tempat ketiga dengan ganjaran RM5,000 berserta piala.

Pelepasan perlumbaan serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga ADUN Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, ADUN Beting Maro Dato Razaili Gapor, ADUN Simunjan Awla Dris dan tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Belia bukan sekadar pemimpin masa depan, tetapi penggerak masa kini
Next: IPD Betong raikan warga PDRM dalam majlis penuh kasih dan penghargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.