
LOS ANGELES: Penyanyi terkenal dunia, Rihanna, sekali lagi menjadi tumpuan peminat apabila satu komen ringkas yang ditinggalkannya di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai perancangan masa depannya.
Perkara itu tercetus selepas seorang pempengaruh memuat naik sebuah video yang menyatakan dirinya sedang mempertimbangkan sama ada mahu tampil seksi atau hamil pada tahun 2026.
Rihanna kemudiannya meninggalkan komen di ruangan berkenaan yang dianggap seolah-olah memberi bayangan bahawa dia bersedia untuk hamil sekali lagi.
“Tunggu! Jadi maksudnya saya bukan gila? Baiklah!” tulis penyanyi berusia 36 tahun itu.
Susulan komen tersebut, reaksi peminat di media sosial bercampur-campur, dengan sebahagian menganggap Rihanna sekadar bergurau, manakala selebihnya yakin kenyataan itu memberi petunjuk mengenai kemungkinan kehamilan seterusnya.
“Rihanna memang terkenal dengan sikap suka bergurau, namun komen itu seakan-akan memberi bayangan anak keempat bakal menyusul,” tulis seorang pengguna media sosial.
Untuk rekod, Rihanna dan pasangannya, ASAP Rocky, kini mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu RZA Athelston Mayers, 4, Riot Rose Mayers, 2, serta Rocki Irish Mayers yang dilahirkan pada 13 September tahun lalu. – Agensi