Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kolam SGB Sungai Brangan tarik 398 penyertaan sempena Gawai
  • TEMPATAN

Kolam SGB Sungai Brangan tarik 398 penyertaan sempena Gawai

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMENANG pada pertandingan yang dianjurkan edisi lepas. -Foto Uban Dana

SARATOK: Pertandingan Memancing Game Santai Gawai Kolam SGB Sungai Brangan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai setakat ini.

Menurut pemilik SGB ​​Sungai Brangan, Kaunselor Stephen Arin Lutek berkata setakat hari ini pihaknya telah menerima penyertaan seramai 398 peserta yang mendaftar untuk bertanding pada acara tersebut bagi memburu gelaran juara.

“Pertandingan Memancing Game Santai Gawai Kolam SGB Sungai Brangan Saratok setakat ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang ramai terutamanya pemancing dari seluruh Sarawak.

“Setakat ini, kira-kira 398 peserta mengesahkan penyertaan mereka pada pertandingan itu,” katanya hari ini.

Stephen berkata dengan tempoh kira-kira 11 hari pertandingan bermula, pihaknya yakin sasaran 428 peserta mampu dicapai.

“Ini berdasarkan sambutan baik yang kami terima sejak hari pertama pendaftaran pertandingan ini sejak dua minggu lalu,” katanya.

Untuk makluman, Pertandingan Memancing Game Santai Gawai Kolam SGB Sungai Brangan akan diadakan pada 8 Jun ini di Sungai Brangan tidak jauh dari persimpangan Sekolah Menengah (SMK) Saratok di sini.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM5,000, tempat kedua RM1,000, tempat ketiga RM500 dan tempat keempat RM300. Selain itu, hadiah wang tunai turut diberikan kepada peserta dari tempat kelima hingga kesepuluh.

RM120 akan diberikan kepada pemenang tempat kesebelas hingga ke-30, dan RM100 akan diberikan kepada pemenang tempat ke-31 hingga ke-50.

Sementara itu, kategori khas untuk ikan terberat atau dipanggil ‘Jackpot’ untuk ikan seberat empat dan lima kilogram (KG) juga akan diadakan semasa acara tersebut di mana pemenang kedua-dua kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar untuk pertandingan tersebut boleh menghubungi terus Grand di talian 010-8981677, Raymond (013-6834063) dan Gary (012-8453808).

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Concerns raised over additional RM100 million allocation for air services in Sarawak
Next: Seni sebagai jambatan komuniti, pupuk kefahaman budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.