Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kolam Renang Awam Bintulu ditutup sementara mulai 23 April ini
  • TEMPATAN

Kolam Renang Awam Bintulu ditutup sementara mulai 23 April ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
NOTIS Kolam renang awam Bintulu akan ditutup sementara bermula 23 hingga 25 April ini sempena Special Olympics Malaysia National Games 2026.

BINTULU: Kolam Renang Awam Bintulu akan ditutup sementara selama tiga hari bermula 23 hingga 25 April 2026 bagi memberi laluan kepada penganjuran Special Olympics Malaysia National Games 2026.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan tersebut melibatkan keseluruhan operasi kolam renang awam itu sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran temasya sukan tersebut yang menghimpunkan atlet berkeperluan khas dari seluruh negara untuk bersaing dalam pelbagai acara sukan.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk merancang aktiviti riadah masing-masing serta mematuhi penutupan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, penutupan sementara berkenaan juga bertujuan memastikan kemudahan kolam berada dalam keadaan terbaik dan selamat digunakan sepanjang kejohanan berlangsung.

Dalam masa sama, BDA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul serta menghargai kerjasama dan pemahaman orang ramai sepanjang tempoh tersebut.

Kolam renang berkenaan dijangka kembali beroperasi seperti biasa sejurus tamat Special Olympics Malaysia National Games 2026, sekali gus membuka semula peluang kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti riadah seperti biasa.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Ulu Sebauh Sabtu ini
Next: Lelaki ditahan bersama syabu dalam Ops Tapis di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.