Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kolaborasi rentas agensi penting perkasa program belia
  • TEMPATAN

Kolaborasi rentas agensi penting perkasa program belia

Utusan Sarawak 1 day ago
MAJLIS Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak, Sidang 1, Penggal ke-35, Sesi 2025-2026 di Hotel Imperial.

KUCHING: Belia merupakan aset penting negara yang perlu digilap potensi mereka agar mampu membawa perubahan positif kepada pembangunan negeri dan negara.

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Fredrick, pembangunan belia bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan belia.

“Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada anak mudanya pada hari ini.

“Justeru, kita semua perlu memainkan peranan untuk memastikan hala tuju belia berada di landasan yang betul bagi mencapai masa depan yang unggul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak, Sidang 1, Penggal ke-35, Sesi 2025-2026 di Hotel Imperial, hari ini.

Beliau turut menggariskan kepentingan kolaborasi merentas kementerian dalam memperkasakan program pembangunan belia yang lebih berimpak.

Beliau juga menggesa lebih ramai belia menganggotai persatuan belia di Sarawak, yang kini berjumlah 329 persatuan berdaftar, sebagai medium membentuk kepimpinan, jati diri serta semangat patriotisme dalam kalangan anak muda.

“Untuk mematangkan anak muda, mereka perlu diberi peluang memimpin persatuan atau organisasi. Inilah platform terbaik untuk melahirkan pemimpin masa depan negara.

“Diharap persidangan MPBN kali ini menjadi medan penting bagi mencetuskan idea serta usul yang mampu membantu pembangunan belia Sarawak, sebelum mengisytiharkan majlis itu dirasmikan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: 24 peserta tamatkan latihan usahawan tani dalam Program SMART Siri 2
Next: KBS anjur Hari Kerjaya TVET Zon Borneo 2025 di Miri 6 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.