Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kod penerbangan AirBorneo bertukar kepada MY mulai esok
  • TEMPATAN

Kod penerbangan AirBorneo bertukar kepada MY mulai esok

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, bergambar bersama tetamu kehormat semasa kunjungan hormat hari ini. Foto MOTS

KUCHING: Kod penerbangan AirBorneo yang sebelum ini beroperasi menggunakan kod MH akan ditukar kepada kod MY bermula esok, selaras dengan peralihan syarikat penerbangan itu kepada sistem Kawalan Pelepasan sendiri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata perubahan tersebut melibatkan penerbangan dalam siri MH3000 yang kini akan dipaparkan sebagai MY3000, selaras dengan peralihan operasi AirBorneo kepada sistem Kawalan Pelepasan sendiri.

Menurutnya, pihak kementerian mengambil maklum dan menyambut baik jaminan bahawa proses peralihan sistem yang dijadualkan bermula esok akan dilaksanakan secara lancar tanpa menjejaskan jadual penerbangan, tempahan atau perkhidmatan penumpang.

“Saya telah dimaklumkan bahawa semua sistem akan beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh peralihan ini dan penumpang yang melakukan perjalanan tidak akan mengalami sebarang perubahan terhadap jadual atau itinerari penerbangan mereka,” katanya melalui sebuah kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pelaksanaan peralihan sistem DCS itu akan dilaksanakan secara serentak di kesemua 21 lapangan terbang di Sabah, Sarawak dan Labuan yang dilayani oleh AirBorneo, dengan kaunter daftar masuk lapangan terbang terus beroperasi seperti biasa.

Penumpang mungkin akan melihat perubahan pada paparan maklumat penerbangan serta papan tanda yang kini mencerminkan penjenamaan AirBorneo dan penggunaan nombor penerbangan MY.

Kementerian Pengangkutan akan terus bekerjasama rapat dengan pengurusan AirBorneo bagi memastikan kestabilan operasi, kebolehpercayaan perkhidmatan serta pengalaman perjalanan penumpang yang lancar, di samping memperkukuh kesalinghubungan serantau.

Continue Reading

Previous: Sarawak perkenal levi karbon ke atas sektor minyak, gas dan tenaga
Next: Bilangan mangsa banjir menurun kepada 1,635 orang, satu PPS ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.