Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KNFM meriah, galak gaya hidup sihat dan mesra alam
  • TEMPATAN

KNFM meriah, galak gaya hidup sihat dan mesra alam

Utusan Sarawak 23 hours ago
CERIA… Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo (kanan), Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (dua,kanan), Kaunselor Albert Tay dan Kaunselor Eric Tay merakam kenangan bersama pada Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) di pekarangan tempat letak kereta berbumbung MBKS pagi tadi.

KUCHING: Deretan gerai yang dipenuhi hasil segar dan aroma herba memeriahkan pagi di pekarangan tempat letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) apabila Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) kembali menarik tumpuan ramai.

ANTARA jualan yang terdapat pada Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) di pekarangan tempat letak kereta berbumbung MBKS pagi tadi.

Menampilkan pelbagai produk tempatan dan organik, pasar tani ini mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang hadir untuk membeli-belah sambil menyokong gaya hidup sihat dan mesra alam.

MADALINE Ling.

Program berkonsepkan pertanian mampan itu dianjurkan bersama komuniti KNFM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berfokuskan alam sekitar, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat bandar terhadap kepentingan penggunaan produk semula jadi dan amalan lestari.

JUALAN… Ling Sourdough antara jualan yang menarik perhatian pada Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNMF) di pekarangan tempat letak kereta berbumbung MBKS pagi tadi.

Pelbagai jualan menarik ditawarkan, termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan tempatan, herba, madu asli, produk tenusu buatan sendiri serta makanan sihat tanpa bahan pengawet.

Tanaman hiasan dan pokok herba turut menjadi tarikan bagi pengunjung yang gemar berkebun.

ANTARA jualan yang terdapat pada Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) di pekarangan tempat letak kereta berbumbung MBKS pagi tadi.

Selain memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk, inisiatif ini juga berfungsi sebagai platform pendidikan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kelestarian alam sekitar.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pasukan bidar tempatan serlah kehebatan, Regata Sarawak 2025 gegar tebingan sungai
Next: Cuepacs Sarawak mantapkan hala tuju selepas persidangan tiga tahun sekali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.