Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK, tuai rumah dan kapitan galas tanggungjawab sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

KMKK, tuai rumah dan kapitan galas tanggungjawab sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
GIMIK… Datuk Dr Penguang Manggil menyempurnakan majlis menangguhan program Townhall KMKK dan JKKK di Chan Restoran Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum (KMKK) adalah jambatan antara rakyat dan kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, menekankan bahawa tanggungjawab sebagai KMKK, tuai rumah dan kapitan adalah amat berat.

Katanya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, KMKK merupakan agenda dan pentadbiran di akar umbi yang menjadi mata dan telinga wakil rakyat, serta aliran maklumat penting di daerah masing-masing.

Semasa menyampaikan ucapan pada penangguhan program Townhall KMKK dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Daerah Marudi 2026, beliau menekankan peranan penting KMKK, termasuk menyelesaikan hal rumah panjang atau kampung serta memelihara adat resam kaum masing-masing.

IKRAR…KMKK dan JKKK bagi kawasan Marudi dan Mulu melafazkan ikrar pada program Townhall KMKK dan JKKK Kampung. Foto Jiku Juguong

Beliau turut menegaskan bahawa KMKK perlu bijak menguruskan kewangan JKKK dan mengamalkan integriti di peringkat akar umbi serta dalam kalangan JKKK Kampung.

Tambah beliau, sebanyak RM600 diperuntukkan kepada JKKK Kampung setiap tahun untuk mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun.

Semasa mesyuarat, KMKK perlu membentangkan aktiviti dan laporan kewangan setiap JKKK.

Dalam program tersebut, seramai 253 KMKK dari Daerah Marudi hadir, termasuk 12 Pemanca dan Penghulu, 55 Ketua Kaum (KK) bagi kawasan Mulu, dan 24 KK bagi kawasan Marudi, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 91 KMKK.

Penguang turut menyampaikan sijil pelantikan semula, sijil pelantikan baharu, dan sijil pelanjutan kepada 16 KMKK kawasan Marudi.

Turut disampaikan ialah sijil Kampung Contoh kepada Kampung Dagang (DUN Marudi) dan Rh Saut Sg Sebatang (DUN Mulu).

Turut hadir, Residen Bahagian Miri, Galong Luang; Ketua Cawangan Khas Baram mewakili Ketua Polis Daerah Marudi, ASP Cliff Emang; wakil dari pejabat SPRM; serta pegawai dari Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bukit Assek terus catat kemajuan konsisten dalam pelbagai aspek
Next: Rumah terbuka TBC ADUN Pelawan sasar 1,500 pengunjung 18 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.