Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KMKK tingkat kualiti perkhidmatan, seiring kenaikan elaun bulanan
  • TEMPATAN

KMKK tingkat kualiti perkhidmatan, seiring kenaikan elaun bulanan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TINGKAT KUALITI… ADUN Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang merakamkan gambar kenangan bersama barisan KMKK kawasan Batu Danau yang menerima kenaikan elaun bulanan di Limbang, hari ini.

LIMBANG: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu meningkatkan peranan serta kualiti perkhidmatan yang lebih cemerlang dan bermotivasi, sejajar dengan kenaikan elaun bulanan sebanyak RM400 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang berkata kenaikan itu mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menjaga kebajikan serta memperkukuh profesionalisme kepimpinan masyarakat.

“Kenaikan elaun ini adalah sebagai pengiktirafan kepada KMKK agar menjalankan tugas dengan baik. Tanpa elaun pun, saya yakin mereka tetap mampu menyelesaikan masalah di peringkat kampung.

“Saya berharap dengan kenaikan ini, anda semua akan menjalankan tugas dengan lebih baik, bermotivasi dan cemerlang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa Dua bagi 2025 di bawah Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau, yang berlangsung di Dewan Seminar St Edmund, di sini, hari ini.

GERAN MRP… ADUN Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang menyerahkan geran MRP Fasa Dua 2025 kepada salah seorang daripada 154 penerima, dengan jumlah keseluruhan RM975,000 di Dewan Seminar St Edmund, Limbang, hari ini.

Beliau menekankan bahawa kenaikan elaun perlu disusuli dengan peningkatan tahap integriti, akauntabiliti dan prestasi dalam kalangan KMKK. Ini bagi memastikan dasar serta inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara berkesan kepada rakyat.

Pada majlis berkenaan, sebanyak RM975,000 peruntukan MRP Fasa Dua bagi 2025 disalurkan kepada 154 penerima.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 152 individu dikurniakan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak
Next: Integriti, profesionalisme fokus utama IPD Kuching tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.