Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK perlu lebih aktif pacu pembangunan dan kekalkan keharmonian komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

KMKK perlu lebih aktif pacu pembangunan dan kekalkan keharmonian komuniti

Utusan Sarawak 13 hours ago
MOHAMAD Duri menghadiri Majlis Perasmian Bilik Kewangan Pejabat Daerah Saratok yang turut dihadiri Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa memainkan peranan lebih aktif sebagai pemacu pembangunan di kampung masing-masing serta menjadi benteng utama dalam mengekalkan keharmonian komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, KMKK merupakan jambatan penting yang menghubungkan kerajaan dengan masyarakat akar umbi, justeru peranan mereka tidak boleh dipandang ringan

Menurutnya, KMKK bertanggungjawab mendekati penduduk dan memastikan setiap penjelasan mengenai projek pembangunan disampaikan secara tepat bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaannya.

Beliau menegaskan bahawa penyampaian maklumat yang jelas dan komunikasi dua hala antara KMKK dan penduduk amat penting terutamanya ketika melibatkan program pembangunan yang memberi kesan terus kepada masyarakat.

“KMKK harus lebih proaktif, bukan sahaja sebagai pemimpin setempat, tetapi juga sebagai penyampai maklumat yang memastikan rakyat memahami manfaat setiap inisiatif kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Bilik Kewangan Pejabat Daerah Saratok yang turut dihadiri Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Saratok, semalam.

Pada majlis itu, Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua kakitangan Pejabat Daerah Saratok atas kewujudan Bilik Kewangan baharu yang lebih selesa dan mesra pengguna.

Jelasnya, penambahbaikan kemudahan seperti itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Kaum, Ustaz Mohammad Alzam sebelum diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid.

Acara perasmian diakhiri dengan sesi lawatan ke Bilik Kewangan baharu yang dijangka memudahkan urusan rakyat serta mempertingkat sistem pengurusan di peringkat daerah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM145,000 bina baharu Pusat Sumber Kampung Hulu PerpatĀ 
Next: Projek SK Babang mendahului jadual, dijangka siap Disember 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.