Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK DUN Kemena digalak pimpin komuniti ke arah kemajuan
  • WILAYAH

KMKK DUN Kemena digalak pimpin komuniti ke arah kemajuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH… Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menerima cenderahati yang disampaikan oleh Temenggong Boniface Bada pada Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan dan Lanjutan KMKK di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah, hari ini.

BATU NIAH: Seramai 33 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena menerima sijil pelantikan serta lanjutan tempoh perkhidmatan di Dewan Masyarakat Sepupok di sini, hari ini.

KMKK diharap memainkan peranan penting dalam memimpin komuniti akar umbi ke arah kemajuan, khususnya dalam aspek peningkatan sosioekonomi.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, KMKK bersama masyarakat setempat harus berganding bahu dengan kerajaan bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan dan Lanjutan KMKK di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah.

Tambahnya, masyarakat di bawah kepimpinan KMKK juga perlu mengambil peluang untuk meningkatkan taraf hidup melalui sektor pertanian, pembangunan ekonomi baharu serta pelaburan demi masa depan yang lebih terjamin.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, Temenggong Boniface Bada dan Residen Bahagian Miri Galong Luang.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komuniti MADANI Kampung Pemindahan Marudi meriahkan Hari Keluarga dengan aktiviti boling
Next: Wanita PBB Bukit Saban anjur Kursus Pengendalian Makanan di Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.