Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK digesa pantau keadaan banjir demi keselamatan penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

KMKK digesa pantau keadaan banjir demi keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 4 hours ago
PANTAU… Datuk Rosey Yunus ketika menemui pihak Sarawak Energy Berhad yang juga melakukan pemantauan di sekitar Daerah Subis hari ini.

BEKENU: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) digesa memantau serta meneliti keseluruhan keadaan banjir di kampung dan rumah panjang masing-masing demi memastikan keselamatan penduduk.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, berkata demikian ketika mengadakan tinjauan banjir di sekitar Daerah Subis hari ini.

“Buat tindakan awal, contohnya jika perlu pindah, maka pindah awal dan pastikan keselamatan kawasan masing-masing terutama berkaitan dengan elektrik.

“Kita takut genjatan elektrik kerana banjir yang sedang berlaku ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Pejuang Kelulit hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah setakat ini kita akan buka Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Daerah Subis di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai.

“Dari masa ke semasa, kita melihat kepada perkembangan dan situasi banjir akan buka lagi PPS di kawasan lain.

“Jumlah yang pindah ke PPS kita belum ada menerima laporan rasmi lagi. Ada juga mereka pindah ke rumah saudara,” jelasnya lagi.

Hadir sama Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat surut, penduduk Rumah Aron kekal di pusat pemindahan
Next: Lelaki maut, seorang lagi masih hilang dihanyutkan arus deras di Beluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.