Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK digesa lebih proaktif sebar maklumat dasar dan agenda pembangunan kerajaan
  • Selatan
  • WILAYAH

KMKK digesa lebih proaktif sebar maklumat dasar dan agenda pembangunan kerajaan

Utusan Sarawak 2 days ago
FRIDAY Belik pada Majlis Kebersamaan dan Solidariti Bersama KMKK di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menekankan supaya Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memainkan peranan lebih aktif dalam membantu kerajaan menyebarkan maklumat berkaitan dasar serta agenda pembangunan kerajaan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, KMKK merupakan penghubung penting antara kerajaan dan rakyat, justeru mereka perlu sentiasa peka serta memahami dasar dan perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, KMKK juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan serta maklumat yang mencukupi agar mereka dapat menyampaikan informasi yang tepat dan berkesan kepada komuniti masing-masing.

FRIDAY Belik pada Majlis Kebersamaan dan Solidariti Bersama KMKK di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, semalam. Foto: ADUN Krian

Katanya, usaha tersebut penting bagi memastikan rakyat memahami hala tuju pembangunan yang digerakkan kerajaan di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“KMKK harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan informasi yang secukupnya supaya mereka lebih berkesan dalam menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kebersamaan dan Solidariti Bersama KMKK anjuran gabungan tiga persatuan KMKK dari Sebetan, Awik dan Krian Tengah yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, semalam.

FRIDAY Belik pada Majlis Kebersamaan dan Solidariti Bersama KMKK di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, semalam. Foto: ADUN Krian

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sijil perlantikan melibatkan lantikan baharu dan sambungan kepada seramai 44 orang KMKK dari kawasan berkenaan.

Turut hadir, Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas; wakil Pegawai Daerah Saratok; Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Roban, Steve Miller Nuas; Pemanca Thomas Lamit; Penghulu Josephine Entira; Penghulu Loya Seman serta sekitar 105 orang Tuai Rumah dari kawasan Sebetan, Awik dan Krian Tengah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Balai Raya RM50,000 tingkat kemudahan penduduk Kampung Telagus
Next: Majlis Tahlil dan Khatam al-Quran eratkan ukhuwah komuniti Kampung Tengah Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.