Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMKK berdisiplin laksana tanggungjawab demi kesejahteraan komuniti
  • WILAYAH

KMKK berdisiplin laksana tanggungjawab demi kesejahteraan komuniti

Utusan Sarawak 14 hours ago
ADUN Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan KMKK Bukit Begunan (PKMKKBB) dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SIMANGGANG: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan diingatkan agar sentiasa berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata disiplin yang tinggi dalam kalangan KMKK amat penting kerana mereka merupakan tunjang kepada kestabilan pentadbiran di peringkat akar umbi.

“KMKK perlu menunjukkan contoh teladan yang baik, bukan sahaja dalam hal pentadbiran tetapi juga dari segi etika, sikap dan kerjasama. Tanggungjawab yang diamanahkan harus dilaksanakan dengan penuh integriti dan keikhlasan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan KMKK Bukit Begunan (PKMKKBB) dekat sini semalam.

ADUN Bukit Bengunan, Datuk Mong Dagang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Makan Malam anjuran Persatuan KMKK Bukit Begunan (PKMKKBB) dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

Mong turut menekankan bahawa kemajuan sesebuah kampung adalah tanggungjawab penuh Tuai Rumah yang perlu memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan usaha pembangunan bersama masyarakat.

“Tuai Rumah bukan sekadar pemimpin di sesebuah rumah panjang atau kampung, tetapi juga ejen pembangunan yang perlu sentiasa peka terhadap keperluan penduduk dan berusaha membawa kemajuan ke kampung masing-masing,” tegasnya.

Sementara itu, Mong menjelaskan bagi melancarkan proses pelantikan KMKK yang baharu di kawasan Bukit Begunan, Penghulu diminta untuk menyenaraikan semua KMKK yang telah berdaftar dan belum berdaftar di bawah pentadbiran mereka.

“Langkah ini penting bagi memastikan rekod yang lebih sistematik dan kemas kini dapat disediakan, sekali gus memudahkan urusan pelantikan serta penyelarasan pentadbiran di peringkat kampung.

“Saya mohon kerjasama semua Penghulu kawasan untuk menyenaraikan KMKK yang telah didaftarkan secara rasmi dan juga yang belum didaftarkan, supaya proses pelantikan yang seterusnya dapat dilakukan dengan lebih teratur dan telus,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penyertaan pelbagai etnik serlah keunikan Miss BDCF 2025
Next: Kekangan benih, pemasaran beras dibangkitkan dalam mesyuarat pertanian DUN Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.