Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KMJG 2025: Jemoreng meriah dengan Jalur Gemilang
  • Tengah
  • WILAYAH

KMJG 2025: Jemoreng meriah dengan Jalur Gemilang

Utusan Sarawak 18 hours ago
PROGRAM Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Matu di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng di sini, pagi tadi. Foto JAPEN

MATU: Setiap rakyat perlu menjadi benteng patriotik yang kukuh dengan memastikan keharmonian negara dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Pegawai Daerah Matu, Hamidah Halpi berkata demikian pada program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Matu di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, dengan semangat bersatu padu, kita perlu memastikan Malaysia khususnya Sarawak akan terus berdaya saing di persada dunia.

“Setiap usaha kita hari ini adalah asas kecemerlangan masa depan. Secara bersama, kita mampu tegakkan maruah bangsa dan harumkan nama Malaysia tercinta,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa seluruh rakyat di Daerah Matu, terutamanya di Kampung Jemoreng dan juga kawasan sekitarnya untuk bersama menyertai kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

“Inilah peluang terbaik bagi kita untuk menzahirkan rasa cinta dan kesetiaan kepada tanah air tercinta melalui kibaran Jalur Gemilang yang megah di setiap rumah.

“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kita bukan saja menghayati suasana Hari Kebangsaan, tetapi juga mengukuhkan ikatan perpaduan,” ujarnya sambil memberi peringatan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan tepat.

Katanya, setiap langkah kecil yang diambil untuk menunjukkan cinta kepada negara akan memberi impak besar kepada generasi akan datang.

Konvoi KMJG 2025 hari ini tiba di destinasi ke-14 yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Sarawak, Siti Fairuz Ngatenan sebelum meneruskan perjalanan mereka ke pit-stop ke-37 atau destinasi yang ke-15 iaitu Daro.

Rombongan Konvoi KMJG 2025 bersama dengan Hamidah turut memacak bendera di beberapa lokasi di Matu pagi tadi bagi menyemarakkan kempen 1R1JG.

Turut hadir Pemancha Daerah Matu, Masaleh @ Che Jeni Shahdan, Penghulu Kampung Jemoreng, Jaafar Aman serta ahli-ahli Komuniti MADANI Daerah Matu. -JAPEN

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Marudi musnahkan sarang tebuan di Kampung Baru
Next: Program Korektif MADANI perkukuh pemulihan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.