KM terima kunjungan Ketua Cawangan Khas Polis baharu

Facebook
WhatsApp
CERIA … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merakam gambar bersama Ketua Cawangan Khas Polis yang baharu, SAC Hairuddin Che Hamid (kanan) dan Ketua Cawangan Khas sebelum ini, SAC Azman Omar (kiri).

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Cawangan Khas Polis yang baharu, SAC Hairuddin Che Hamid di pejabatnya, semalam.

Ketua Cawangan Khas yang baharu tersebut diringi bersama oleh Ketua Cawangan Khas sebelum ini, SAC Azman Omar yang akan berpindah tugas ke Counter Terrorism Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Manakala SAC Hairuddin Che Hamid telah memulakan tugasnya sebagai Ketua Cawangan Khas Sarawak bermula semalam.