Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KM terima kunjungan AZAM Sarawak
  • TEMPATAN

KM terima kunjungan AZAM Sarawak

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merakam gambar bersama rombongan AZAM Sarawak yang diketuai William.• Foto PENERANGAN

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Mansang Zaman Sarawak (AZAM Sarawak) di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Kunjungan hormat yang diketuai Presiden AZAM, Datu William Patrick Nyigor tersebut adalah bertujuan memberikan gambaran menyeluruh berkaitan aktiviti AZAM, mengusulkan cadangan untuk memperkasakan AZAM di masa hadapan serta mendapatkan maklum balas dan tunjuk ajar daripada Abang Johari.

Pada masa sama, William memaklumkan Abang Johari memberi jaminan untuk membantu dari segi kewangan bagi menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk memperkasakan AZAM.

Tambahnya, Abang Johari memberi idea tumpuan kepada AZAM dalam beberapa perkara seperti memperkasakan ekonomi digital di samping mempromosikan idea tersebut kepada golongan belia dan masyarakat umum.

Selain itu, Abang Johari turut memberi fokus kepada belia supaya lebih peka dan dapat memainkan peranan tidak hanya dalam teknologi tetapi juga dalam bidang seni seperti seni kreatif, seni persembahan dan sebagainya.

Menurut William, perkara terakhir yang diberikan tumpuan adalah meletakkan sasaran kepada AZAM untuk memberi kesedaran kepada golongan belia agar lebih peka dan sensitif akan kepentingan alam semulajadi bagi mencapai matlamat mewujudkan generasi baharu sebagai generasi hijau menjelang 2030.

AZAM Sarawak yang bermaksud ‘Gerakan Kemajuan’ merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan berasaskan keuntungan yang berusaha memudahkan usaha pembangunan di Sarawak melalui komunikasi pembangunan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Dato Norhyati Mohd Ismail, Setiausaha Kehormat, Mohamad Ariff Irwani Azahari, Bendahari Kehormat, Dato William Wei How Sieng, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Lelia Sim Ah Hua.

Continue Reading

Previous: 100 INDIVIDU POSITIF COVID-19 SERAH DIRI
Next: Penduduk tarik nafas lega

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.