Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KM Sabah, Premier Sarawak sertai rombongan bincang isu Laut Sulawesi di Jakarta 29 Julai – PM
  • NASIONAL

KM Sabah, Premier Sarawak sertai rombongan bincang isu Laut Sulawesi di Jakarta 29 Julai – PM

Utusan Sarawak 4 days ago

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (kanan). Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR: Rombongan negara bagi menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta pada 29 Julai ini dijangka turut disertai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang antara lain bagi membincangkan berkenaan Laut Sulawesi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kehadiran kedua-dua pemimpin itu penting kerana sebarang keputusan berkaitan sempadan negara perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri, selain membolehkan pandangan mereka didengar secara langsung oleh Indonesia. 

“Hal ini dalam prosesnya mesti dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah, jadi minggu ini, 29 Julai kita sambung perbincangan di Jakarta dan Ketua Menteri Sabah juga dalam rombongan, kerana bila ada tajuk perbincangan mengenai sempadan, persetujuan Sabah diperlukan.

“Mesyuarat rasmi dua hala, joint commission itu mesyuarat rasmi dan mana-mana mesyuarat rasmi kalau melibatkan Singapura atau Indonesia, saya selalu – sebagai peraturannya, mengundang dan meminta Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam rombongan, dan ini akan berlaku untuk 29 hari bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai sama ada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z). – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pemberi maklumat perlu rujuk agensi sah, jangan terus ke media
Next: Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos, tanpa mengira bilangan pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.