Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Klinik Veterinar UPMKB sambut Hari Veterinar Sedunia menerusi program ‘Snip 4 Life, End Rabies’
  • Utara
  • WILAYAH

Klinik Veterinar UPMKB sambut Hari Veterinar Sedunia menerusi program ‘Snip 4 Life, End Rabies’

Utusan Sarawak 1 day ago
PETUGAS Klinik Veterinar UPMKB dan pelajar DKHP bergambar bersama semasa program ‘Snip 4 Life & End Rabies.’

BINTULU: Klinik Veterinar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menyemarakkan sambutan Hari Veterinar Sedunia 2025 dengan menganjurkan program kesihatan haiwan bertemakan ‘SNIP 4 LIFE & END RABIES’ yang baru-baru ini diadakan di kampus tersebut.

Program ini menumpukan kepada dua inisiatif utama: Program Pemandulan (Spay Neuter Initiative Program – SNIP), yang menggalakkan kawalan populasi haiwan peliharaan melalui pemandulan, serta End Rabies, yang memberi fokus kepada vaksinasi haiwan sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit rabies.

Menurut Pegawai Veterinar Klinik Veterinar UPMKB, Dr. Siti Nurhani Arib, sebanyak 50 ekor kucing telah berjaya dimandulkan sepanjang program tersebut hasil kerjasama antara kakitangan klinik dan pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (DKHP) dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB.

“Program ini bertujuan mengurangkan populasi haiwan jalanan dan menggalakkan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman secara langsung sambil memberi sumbangan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemuncak program ini ialah pelaksanaan kempen vaksinasi rabies dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Bintulu, yang menyaksikan suntikan vaksin diberikan kepada 80 ekor kucing dan 14 ekor anjing sebagai langkah pencegahan awal terhadap penyakit rabies.

Dr. Siti Nurhani juga memaklumkan bahawa sambutan daripada masyarakat amat menggalakkan, yang menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap isu zoonotik dan penjagaan kesihatan haiwan.

“Tema sambutan tahun ini, ‘Animal Health Takes a Team’, menekankan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan kesihatan awam dan haiwan terpelihara secara holistik,” tambah beliau.

Klinik Veterinar UPMKB merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin asas serta vaksin rabies untuk anjing dan kucing boleh berkunjung ke Klinik Veterinar UPMKB pada waktu operasi, iaitu Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Vaksin rabies percuma untuk anjing juga boleh diperoleh di Pejabat JPV Bahagian Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 100 penerima bantuan terima sumbangan sempena Sejambak Kasih Gawai Dayak 2025
Next: Sambutan Hari Ibu ACS Sibu eratkan komuniti gereja pelbagai denominasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.