Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KLIA pecah rekod kendali lebih 12,000 penumpang dalam satu jam pada 13 September – MAHB
  • NASIONAL

KLIA pecah rekod kendali lebih 12,000 penumpang dalam satu jam pada 13 September – MAHB

Utusan Sarawak 2 weeks ago
KLIA mencipta rekod baharu pada waktu puncak dengan Terminal 1 mengendalikan 6,799 penumpang, manakala Terminal 2 merekodkan 5,638 penumpang, mengatasi jumlah 8,000 hingga 11,000 penumpang yang biasa dikendalikan pada waktu puncak, menjadikannya jumlah tertinggi setakat ini.


KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan rekod baharu pada 13 September, 2025 apabila mengendalikan 12,437 penumpang dalam tempoh satu jam antara 7.00 malam dan 8.00 malam, bersempena dengan cuti hujung minggu Hari Malaysia dan permulaan cuti sekolah selama seminggu, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menurut MAHB, KLIA mencipta rekod baharu pada waktu puncak dengan Terminal 1 mengendalikan 6,799 penumpang, manakala Terminal 2 merekodkan 5,638 penumpang, mengatasi jumlah 8,000 hingga 11,000 penumpang yang biasa dikendalikan pada waktu puncak, menjadikannya jumlah tertinggi setakat ini.

“Pada hari yang sama, KLIA memberi perkhidmatan kepada 191,000 penumpang, manakala sepanjang tempoh cuti lanjutan dari 12 hingga 21 September, lapangan terbang itu mengendalikan 1.8 juta penumpang, mengatasi 1.7 juta penumpang yang direkodkan semasa waktu puncak cuti Hari Raya Aidilfitri awal tahun ini,” kata MAHB dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Izani Ghani berkata kejayaan mengendalikan lonjakan pergerakan penumpang itu dengan lancar jelas menunjukkan kemampuan KLA untuk memenuhi permintaan. 

“Tumpuan kami bukan sahaja menguruskan jumlah penumpang pada waktu puncak hari ini, tetapi membina infrastruktur dan keupayaan sedia masa hadapan bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan global.

“Kami sedang mengembangkan kerjasama dengan syarikat penerbangan, menambah baik teknologi, dan memacu inovasi untuk memastikan penumpang terus menikmati perjalanan yang lancar di lapangan terbang kami,” katanya.

MAHB berkata momentum KLIA turut ditunjukkan menerusi prestasi pada Ogos 2025, dengan 3.9 juta penumpang antarabangsa dan 1.6 juta penumpang domestik, menjadikan jumlah bulanan kepada 5.5 juta. 

Sementara itu, bagi seluruh rangkaian tempatannya pula, sebanyak 9.1 juta penumpang dikendalikan pada Ogos, iaitu meningkat 2.2 peratus berbanding Julai.

Katanya, pengembangan rangkaian syarikat penerbangan MAHB menyumbang kepada pertumbuhan itu, dengan dua syarikat penerbangan baharu beroperasi pada Ogos 2025, termasuk Hong Kong Express di Lapangan Terbang Subang dan Jiangxi Airlines di KLIA.

MAHB berkata penambahan ini meningkatkan kesalinghubungan serantau dan menawarkan kepada penumpang lebih banyak pilihan perjalanan di seluruh Asia.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul di Turkiye mengendalikan 4.7 juta penumpang, terdiri daripada 2.6 juta penumpang antarabangsa dan 2.1 juta penumpang domestik. 

MAHB menguruskan dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu di Turkiye. – Bernama

Continue Reading

Previous: Permulaan Fasa Peralihan Monsun dijangka pada 30 September ini – METMalaysia
Next: Kerajaan perluas Dialog Awam Antibuli, fokus suara kanak-kanak bulan Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.