Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KLARSB dilantik jadi ‘turn-key’ kontraktor
  • SEMASA

KLARSB dilantik jadi ‘turn-key’ kontraktor

Utusan Sarawak 5 years ago
DATU Hamden Mohammad melihat pelan tapak Projek Pemuliharaan Landskap Hutan dengan Cara Pengkomersialan Hutan-Tani di Sarawak: Kawasan Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan di Kampung Lubok Ria Hulu, Serian, semalam.

SERIAN: Koperasi Lubok Antu Reban Serian Bhd. (KLARSB) dilantik menjadi pemaju dan ‘turn-key’ kontraktor untuk Projek Pemuliharaan Landskap Hutan dengan Cara Pengkomersialan Hutan-Tani di Sarawak: Kawasan Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad berkata, ia bagi memberi manafaat sosioekonomi dan penglibatan secara langsung masyarakat setempat.

“Untuk makluman, projek ini dijadualkan bermula pada 2 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Namun begitu projek ini telah dijadualkan semula pada 1 Ogos 2020 hingga 30 Jun 2021, iaitu masa pembangunan telah dipendekkan.

“Oleh yang demikian pihak koperasi telah memulakan kerja pembinaan bagi projek ini bermula pada bulan Ogos yang lalu dan status pembangunan projek setakat ini adalah 15 peratus berbanding 50 peratus mengikut jadual asal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog dan Lawatan Tapak Projek Pemuliharaan Landskap Hutan dengan Cara Pengkomersialan Hutan-Tani di Sarawak: Kawasan Hutan Komunal Lubok Antu Samarahan di Dewan Serbaguna Kampung Lubok Ria Hulu, Serian, semalam.

Tambahnya, pelaksanaan projek ini kelak dijangka akan memberi manafaat sosioekonomi kepada 104 keluarga dari tiga buah kampung melalui penglibatan mereka secara langsung dalam pekerjaan, peluang perniagaan dan agihan saham dalam keahlian mereka dalam Koperasi Lubok Antu Reban Serian Bhd. yang ditubuhkan untuk mengurus Hutan Komunal Lubok Antu ini.

“Pelaksanaan Projek Hutan Komunal Lubok Antu dengan Model Sister Hutan-Tani yang Berdaya Komersial seperti tanaman pokok petai (132ha), durian, gelam, engkabang dan lain-lain pokok dengan tanaman nanas (60 ha), kopi liberica (43 ha),

pisang sekaki (38ha), pinang (50ha), keladi/halia/keledek (26ha)

dan ternakan kambing (5ha) akan dilaksanakan dengan

kerjasama syarikat peneraju (anchor company) adalah satu

projek yang berimpak tinggi dan berdaya saing,” ujarnya.

Jelasnya, ia juga merupakan salah satu mekanisma tindakan bagi

pelaksanaan gabungan polisi kerajaan dalam tema pertumbuhan

berpaksikan rakyat kerana  dapat dikategorikan dalam

Teras Strategi 1 – Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat

yang saksama dan Teras Strategi 4 – Menuju ke arah

pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan.

“Adalah menjadi harapan Jabatan Hutan Sarawak agar koperasi

yang ditubuhkan untuk kekal aktif dalam melaksanakan projek

yang telah diberikan.

“Pihak Jabatan akan berusaha untuk memantau dan memastikan kelancaran pelaksanaan projek mengikut komponen yang telah disediakan manakala aspek pengurusan, pentadbiran dan kerja di tapak projek dan sebagainya adalah tugas dan tanggungjawab koperasi,” katanya.

Sekiranya projek ini berjaya kelak, ia diharap dapat membuka

peluang yang lebih luas terhadap pembangunan hutan-tani di

Sarawak dan menjadi suri teladan kepada projek-projek hutan-tani lain yang akan dibangunkan.

“Selain itu, program ini juga dapat dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan jalinan kerjasama di antara komuniti di Sarawak dan Jabatan Hutan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan pihak swasta dalam merealisasikan matlamat khususnya dalam pembangunan hutan-tani dan pemuliharaan landskap hutan secara keseluruhan,” tambahnya.

Pihaknya juga amat berbesar hati untuk mengalu-alukan penglibatan para pelabur secara aktif di dalam Projek Pengkomersialan Hutan-Tani di Hutan Komunal Lubok

Antu Samarahan ini seperti Integrated Agricultural Development

AreA (IADA), Castor Technology Sdn. Bhd. (CTSB)., PSN

Management Sdn. Bhd., Reka Jaya Plantation Sdn. Bhd., Banana

Tree Sdn. Bhd., CAPITAVEST serta pelabur-pelabur lain yang berminat.

“Melalui penglibatan ini, pihak jabatan berharap ia dapat

membangunkan projek ini dengan lebih agresif lagi dan

seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya

kepada komuniti yang terlibat,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: GPS mesti menang PRN-12tahun
Next: Pengamal Media nadi kerajaan, rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.