Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KKSRCS buka peluang pelajar sekolah teroka dunia TVET
  • PENDIDIKAN

KKSRCS buka peluang pelajar sekolah teroka dunia TVET

Utusan Sarawak 17 hours ago
RAKAM KENANGAN… Tiong Hua Sang dan yang lain bergambar bersama peserta Program Pengukuhan BAKAT Komuniti 2025 (Elektrik) dan Program Pembangunan Kemahiran PSH Komuniti (PKTP) 225 – Automotif.

SIBU: Dua program pembangunan kemahiran anjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) berjaya membuka peluang baharu kepada pelajar sekolah menengah untuk meneroka bidang teknikal dan keusahawanan apabila tamat pada Ahad lalu.

Program yang ditawarkan ialah Program Pengukuhan BAKAT Komuniti 2025 (Elektrik) dan Program Pembangunan Kemahiran PSH Komuniti (PKTP) 225 – Automotif, yang dijalankan bermula 12 Julai lalu pada setiap hujung minggu.

Kedua-dua program itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan MADANI Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa komuniti setempat menerusi pendekatan ‘TVET for All’.

SEKITAR berlangsungnya program pembangunan kemahiran anjuran Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) baru-baru ini.

Seramai 12 pelajar dari SMK Kampung Nangka Sibu dan komuniti setempat menyertai program elektrik, manakala 15 pelajar dari SMK Agama Sibu mengambil bahagian dalam program automotif.

Timbalan Pengarah KKSRCS, Tiong Hua Sang berkata, program tersebut mencerminkan komitmen pihak kolej dalam memperluaskan akses kemahiran kepada semua lapisan masyarakat.

“Program ini bukti komitmen kami untuk memberi peluang kepada semua individu tanpa mengira latar belakang, bagi meningkatkan kemahiran dan potensi diri,” katanya.

Program PKTP – Automotif dilaksanakan selama enam hari dengan pengisian modul seperti Asas Keusahawanan, Pengenalan Enjin dan Bendalir (Kereta dan Motor), Penyelenggaraan dan Diagnostik Kereta.

Sementara itu, Program BAKAT Komuniti (Elektrik) pula berlangsung selama empat hari, merangkumi Kursus Keusahawanan, Pengenalan Kecerdasan Buatan (AI), Pendawaian dan penyambungan kabel, serta Pemasangan kotak fius agihan (DB) dan litar kawalan pengguna.

Usaha ini selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan berkemahiran serta memperkukuh ekonomi komuniti melalui latihan teknikal dan vokasional yang inklusif.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sematan bakal miliki Pusat Matrikulasi, siap 24 bulan
Next: Petronas taja RM28 juta untuk lebih 100 pelajar cemerlang Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.