Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KKSR Perkukuh TVET, meterai kerjasama dengan Joy Bakery
  • PENDIDIKAN

KKSR Perkukuh TVET, meterai kerjasama dengan Joy Bakery

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK ALBUM….Ting Ee Lee bergambar bersama Chua Sheau Ching, pensyarah kursus Muhammad Shahrul Mohd Suleimandan para pelajar Sijil Kulinari KKSR. Foto KKSR

SARIKEI: Kolej Komuniti Sarikei (KKSR) mengambil langkah proaktif memperkukuh pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dengan memeterai kerjasama melalui program Industri di Kampus (IOC) bersama Joy Bakery Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang dikenali dalam industri bakeri di Sarikei.

Menurut KKSR, kerjasama tersebut yang bermula semalam, secara langsung membawa kepakaran industri ke dalam kampus bagi membentuk graduan sijil kulinari yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mahir dan relevan dengan pasaran kerja.

“Kolaborasi ini disahkan melalui penyerahan surat pelantikan Tenaga Pengajar IOC kepada Pengurus Sumber Manusia Joy Bakery, Chua Sheau Ching oleh Timbalan Pengarah KKSR, Ting Ee Lee. 

“Pelantikan Chua Sheau Ching yang mewakili Joy Bakery adalah pengiktirafan terhadap peranan penting industri dalam kurikulum pendidikan. 

ILMU BAHARU…. Chua Sheau Ching (kiri) memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Foto KKSR 

“Kehadiran beliau sebagai mentor di kampus memberikan nilai tambah yang besar kepada pengalaman pembelajaran pelajar,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. 

Tambahnya, aktiviti pertama para pelajar Sijil Kulinari KKSR dibawah IOC ini telah berlangsung dengan jayanya. 

“Seramai 12 pelajar Sijil Kulinari KKSR berpeluang mendapat pendedahan secara terus dari Chua Sheau Ching mengenai ilmu dan teknik penggunaan produk yis. 

“Di bawah bimbingan beliau dan pensyarah kursus, Muhammad Shahrul Mohd Suleiman, para pelajar bukan sekadar mendengar teori, tetapi terus mengaplikasikannya. 

“Mereka terlibat dalam keseluruhan proses penghasilan French Baguette, dari penyediaan adunan hingga proses pembakaran, satu pengalaman secara amali yang mencerminkan realiti di dapur industri,” katanya. 

Sementara itu, Ting Ee Lee berkata, pendedahan sebegini membolehkan membolehkan pelajar Sijil Kulinari KKSR mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konteks sebenar dan menguasai kemahiran yang diperlukan oleh majikan. 

“IOC ini adalah jambatan yang menghubungkan teori dan amalan, memastikan setiap graduan kami keluar dengan keyakinan dan kecekapan yang diperlukan oleh industri kulinari,” katanya. 

Kerjasama IOC ini menandakan komitmen berterusan KKSR dan Joy Bakery untuk membina ekosistem pendidikan yang dinamik. 

“Ia bukan sahaja menawarkan peluang latihan praktikal, tetapi juga berpotensi membuka laluan kerjaya yang lebih cerah bagi pelajar. 

“Inisiatif strategik ini merupakan satu model ideal dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing tinggi di Sarawak dan seluruh negara,” kata KKSR menerusi kenyataan media tersebut. 

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Julau sumbang RM30,000 kepada SMK Julau No.2
Next: Pendidikan asas kemajuan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.