Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan
  • NASIONAL

KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 18 April -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bercakap semasa sidang media berkaitan tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terhadap Iklan Promosi Judi bertemakan Aidilfitri di KKMM hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Datuk Saifuddin Abdullah bercakap semasa sidang media berkaitan tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terhadap Iklan Promosi Judi bertemakan Aidilfitri di KKMM semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengemukakan permohonanan agar pengamal media diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau telah meminta agar suntikan vaksin Covid-19 kepada pengamal media disegerakan kerana media juga adalah petugas barisan hadapan.

“Saya tangguhkan (suntikan) vaksin sebab ingin terima vaksin bersama-sama media. Bila saya dapat, media dapat dalam fasa kedua. Insya-Allah…kita telah minta supaya disegerakan sebab media juga frontliner (petugas barisan hadapan),” katanya, dalam sidang media di sini, semalam.

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memberi keutamaan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya dan golongan berpenyakit kronik akan bermula hari ini di lapan negeri iaitu Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.  — Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat
Next: Seorang lagi direman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.