Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KKM tawar pelbagai kursus di ILKKM kepada lepasan SPM
  • PENDIDIKAN

KKM tawar pelbagai kursus di ILKKM kepada lepasan SPM

Utusan Sarawak 6 hours ago
KKM tawar pelbagai kursus di ILKKM kepada lepasan SPM. Foto agensi.

IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti latihan separa perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi melahirkan lebih ramai anggota kesihatan terlatih.

Bahagian Pengurusan Latihan KKM memaklumkan sebanyak 11 program ditawarkan pada peringkat diploma dan satu peringkat sijil dengan tempoh latihan selama tiga atau dua tahun.

Antara program itu ialah bidang kejururawatan, sains perubatan dan kesihatan, teknologi makmal perubatan, farmasi, fisioterapi, pengimejan perubatan, pergigian dan kesihatan awam. 

Setiap program mempunyai syarat kelayakan khusus namun secara umumnya calon perlu memiliki kepujian dalam subjek teras seperti bahasa Melayu, Matematik dan sekurang-kurangnya satu subjek Sains selain lulus bahasa Inggeris.

Calon yang berjaya mengikuti latihan separa perubatan di ILKKM akan menerima pelbagai kemudahan termasuk biasiswa Persekutuan sebanyak RM835.57 sebulan bagi program diploma dan RM755.06 sebulan bagi sijil selain elaun buku, elaun projek, elaun peralatan serta elaun pakaian seragam.

Mereka yang berjaya menamatkan latihan akan dilantik sebagai anggota paramedik dan auksiliari dalam perkhidmatan kesihatan KKM. 

Permohonan untuk mengikuti latihan itu dibuka secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan https://spa9.spa.gov.my/login.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://spa.gov.my/syarat-permohonan/latihan-separa-perubatan atau laman sesawang rasmi kementerian https://www.moh.gov.my.

KKM turut membuka reruai di Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini, selama tiga hari bermula semalam bagi menyalurkan maklumat dan pelbagai perkhidmatan kementerian. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program Akademi JCI Mandrin Sibu perkasa kepimpinan belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.