Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KKM siasat dakwaan gangsterisme urusan bilik mayat hospital di Sarawak
  • SEMASA

KKM siasat dakwaan gangsterisme urusan bilik mayat hospital di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat dakwaan wujudnya kegiatan gangsterisme menguasai urusan bilik mayat di sebuah hospital kerajaan di Sarawak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata, KKM tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, penyalahgunaan kuasa atau rasuah dalam perkhidmatan kesihatan awam.

“KKM memandang serius setiap dakwaan yang dibangkitkan dan menegaskan komitmen penuh untuk memelihara integriti serta kredibiliti perkhidmatan kesihatan awam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan portal berita mengenai dakwaan bekas pegawai perubatan berhubung kewujudan sindiket mengawal bilik mayat di sebuah hospital kerajaan di Sarawak.

Menurut laporan itu, sindiket berkenaan didakwa menjadi ejen tidak rasmi kepada syarikat pengurusan jenazah dan sering kali tampil sejurus selepas berlaku kematian, malah ada kalanya sebelum kematian disahkan secara rasmi oleh pihak hospital.

Beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab menguruskan jenazah di hospital kerajaan terletak sepenuhnya kepada waris atau keluarga si mati.

“Pihak hospital tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah dan keluarga diberi kebebasan untuk memilih mana-mana syarikat yang dipercayai tanpa paksaan atau campur tangan.

“Selaras dengan garis panduan yang berkuat kuasa, semua anggota perkhidmatan kesihatan dilarang bertindak sebagai orang tengah dalam urusan tersebut.

“Pelanggaran terhadap arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” tambahnya.

Dr Veronica turut menasihati orang awam agar menyalurkan aduan berkaitan salah laku melalui saluran rasmi yang disediakan.

“KKM komited memastikan perkhidmatan kesihatan awam dilaksanakan dengan telus, berintegriti dan penuh akauntabiliti demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya lagi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadir Majlis Pelancaran Buku Biografi Tan Sri Abu Zahar Ujang
Next: Gempa bumi kuat landa pantai Russia, amaran tsunami dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.