Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM sasar larangan penjualan vape seawal pertengahan tahun depan – Dzulkefly
  • KESIHATAN

KKM sasar larangan penjualan vape seawal pertengahan tahun depan – Dzulkefly

Utusan Sarawak 7 days ago

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Rasmi Pelan Induk Nasional untuk Wawasan Tingkah Laku dalam Kesihatan di Cyber Event Hall hari ini. Foto BERNAMA

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape seawal-awalnya pada pertengahan tahun depan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kementerian kekal komited untuk mengharamkan produk rokok itu, namun akan mengambil pendekatan secara berperingkat.

“Saya berharap ia dapat dilaksanakan pertengahan 2026. Jika tidak, pada separuh kedua tahun depan.

“… tetapi perlu diingat terdapat banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Bagaimanapun, kita (KKM) tetap mahu mengharamkan penjualan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Induk Nasional Tingkah Laku dalam Kesihatan di sini hari ini.

Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata KKM dalam proses merangka Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai pengharaman rokok elektronik atau vape bagi memastikan pelaksanaannya dirancang secara intensif dan menyeluruh.

Pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat, bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga meliputi keseluruhan produk.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri agar penebusan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas kepada produk buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menggalakkan tabiat pengambilan makanan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ini boleh menjadi sebahagian daripada strategi dorongan kerana kita tahu ada kelompok umur tertentu yang tidak gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Ketika ini, penerima penghargaan SARA boleh menebus barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk seperti beras, roti, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, produk kebersihan diri, barangan kebersihan, kelengkapan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kesan awal, ubah gaya hidup kunci cegah degupan jantung tidak normal – Pakar Kardiologi
Next: KKM nafi vaksin, paracetamol punca autisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.