Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM pertingkat penguatkuasaan, kawal selia rokok elektronik, vape menerusi Akta 852
  • KESIHATAN

KKM pertingkat penguatkuasaan, kawal selia rokok elektronik, vape menerusi Akta 852

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) merasmikan Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan (NHMS) 2024 di Kementerian Kesihatan hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Suriani Ahmad (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Nor Fariza Ngah (kanan). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) terus mempertingkatkan penguatkuasaan dan kawal selia produk rokok elektronik dan vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan menerusi akta berkenaan adalah bagi melindungi orang belum dewasa (OBD) daripada terjebak dengan penggunaan rokok elektronik atau vape.

“Saya tekankan, produk rokok dan vape adalah dikawal secara rapi Akta 852 demi kesihatan awam,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di sini hari ini.

Dzulkefly berkata beliau bersikap terbuka dan bersedia menyemak semula akta berkaitan rokok dan vape sekiranya terdapat keperluan atau bukti tertentu mengenainya.

“Undang-undang tidak pernah statik, undang-undang sedang hidup dan ia dinamik, ia selalu responsif,” katanya.

Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober 2024 diperkenalkan untuk memperkukuhkan kawalan terhadap penjualan, pengiklanan, dan promosi semua produk-produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape di Malaysia.

Ia khusus bagi OBD yang berumur kurang 18 tahun, mereka adalah dilarang terlibat dengan aktiviti penjualan, pembelian dan penggunaan apa-apa jenis produk merokok melalui apa-apa cara.

Mengenai gesaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan vape, beliau berkata perkara berkenaan adalah dibawah bidang kuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Penstrukturan semula jawatan antara usaha KKM tangani isu kekurangan pakar – Lukanisman
Next: Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar vaksin influenza percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.