Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM lancar sistem P3S untuk kurangkan birokrasi penempatan
  • KESIHATAN

KKM lancar sistem P3S untuk kurangkan birokrasi penempatan

Utusan Sarawak 2 hours ago
FASA pertama bermula hari ini dibuka kepada skim jururawat di bawah Bahagian Kejururawatan. Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melancarkan Sistem Pertukaran Suka Sama Suka (P3S) bagi mengurangkan birokrasi penempatan serta mempercepatkan proses pertukaran penempatan, sekali gus menjaga kebajikan warga kesihatan.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan fasa pertama pelaksanaan P3S bermula hari ini melibatkan skim jururawat di bawah Bahagian Kejururawatan. 

Menurut KKM, selepas skim jururawat, sistem ini akan diperluas secara berfasa mulai tahun depan kepada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi https://p3s.moh.gov.my dengan syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh dirujuk dalam garis panduan di portal tersebut. 

“Sebelum ini, proses pertukaran pegawai KKM dilaksanakan secara manual. Disebabkan jumlah permohonan yang tinggi, proses sering mengambil masa panjang dan mendorong penggunaan saluran tidak rasmi,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan P3S kini menjadi platform rasmi untuk mempercepat padanan, memperkemas aliran kerja serta menjadikan proses lebih telus dan adil tanpa mengubah peraturan kelulusan sedia ada.

Menurut kementerian, pelaksanaan sistem ini membolehkan proses pertukaran menjadi lebih mudah, cepat dan telus.

“Pentadbiran di peringkat Pejabat Tanggungjawab (PTJ) hanya perlu mengesahkan kelayakan pegawai dan surat penempatan baharu akan dijana secara automatik selepas padanan berjaya dibuat. Pegawai terlibat perlu melapor diri serentak di lokasi penempatan baharu pada tarikh kuat kuasa rasmi,” menurut kenyataan itu.

KKM menegaskan pelaksanaan P3S mencerminkan komitmen kementerian dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan warga kerja kesihatan, mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan pentadbiran.

Langkah ini juga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan dan daya cipta, terutamanya dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pembedahan ganti sendi pinggul harian: Inovasi penjagaan kesihatan moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.