Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KKDW saran JBALB dilantik agensi pelaksana projek tertangguh di Sarawak 
  • SEMASA

KKDW saran JBALB dilantik agensi pelaksana projek tertangguh di Sarawak 

Utusan Sarawak 6 months ago

Rubiah melawat pameran di Dewan Pertubuhan Peladang di Kota Samarahan hari ini.

KUCHING: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mencadangkan agar Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek yang tertangguh di negeri ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rubiah Wang berkata kebanyakan projek tertangguh di bawah kementerian itu melibatkan bekalan air bersih di kawasan luar bandar.

“Kementerian telah mengambil tindakan drastik untuk mempercepatkan pelaksanaan projek yang tertangguh antaranya mengadakan kerjasama erat dengan kerajaan negeri.

“Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi komitmen untuk mengadakan mesyuarat bulanan bagi memastikan proses-proses pelaksanaan khususnya dalam aspek perancangan projek dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menggalakkan Tanggungjawab Akauntabiliti Kebolehpercayaan (ERAT) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Penguat Kuasa, Mahasiswa dan Masyarakat di Dewan Pertubuhan Peladang di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata antara lain, kementerian juga berusaha mengurangkan kerenah birokrasi sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri agar projek yang tertangguh dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum pelancaran Rancangan Malaysia Ke-13.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, sebelum ini berkata sejumlah 24 projek KKDW di Sarawak telah tertangguh sejak 2016 hingga 2022 dan peruntukan kira-kira RM1.4 bilion diperlukan bagi pelaksanaan projek berkenaan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lembaga Pelabuhan Labuan di bawah Putrajaya selepas pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Next: Tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.