Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KKDW, JBALB laksana langkah segera tangani gangguan bekalan air di Sarawak
  • SEMASA

KKDW, JBALB laksana langkah segera tangani gangguan bekalan air di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
ROY Angau Gingkoi mengemukakan soalan berhubung gangguan bekalan air di Lubok Antu pada persidangan Dewan Rakyat. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memaklumkan beberapa langkah segera telah dan sedang dilaksanakan bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bagi menangani gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri itu, khususnya di kawasan Lubok Antu.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, berkata aset Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang siap dilaksanakan oleh KKDW akan diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) untuk tujuan operasi, penyelenggaraan serta kutipan bil air.

Menurut kementerian, sebarang isu berkaitan operasi sistem bekalan air, termasuk gangguan bekalan yang berlaku selepas sesuatu projek siap dilaksanakan, adalah di bawah tanggungjawab PBAN, iaitu JBALB Sarawak.

Bagi menangani gangguan bekalan air yang dikenal pasti berpunca daripada masalah dalam sistem agihan, JBALB telah mengambil beberapa tindakan segera, termasuk menghantar bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas.

Selain itu, JBALB turut melaksanakan kerja pembilasan (flushing) di sepanjang jajaran paip bagi mengeluarkan kunci udara (air lock) yang boleh menjejaskan kelancaran aliran bekalan air kepada pengguna.

Kementerian turut memaklumkan bahawa pemeriksaan berterusan dijalankan terhadap paip, injap dan peralatan berkaitan bagi mengesan kebocoran, kerosakan atau kegagalan sistem yang boleh menyebabkan gangguan bekalan.

Di samping itu, kerja membaiki paip yang pecah serta menggantikan injap yang rosak atau uzur turut dilaksanakan bagi memastikan sistem bekalan air kembali beroperasi secara stabil.

Mengulas peruntukan RM3.47 bilion yang diumumkan sebelum ini, KKDW menjelaskan bahawa jumlah tersebut merujuk kepada keseluruhan kos projek di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan bukannya diperuntukkan khusus bagi mengatasi gangguan bekalan air semasa.

Bagi tahun 2026, peruntukan itu melibatkan pelaksanaan dua projek baharu dan 78 projek sambungan yang kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan, sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh infrastruktur bekalan air luar bandar di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kelab Pencinta Alam Sekitar NREB raih pengiktirafan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.