Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KKB Engineering peroleh kontrak RM111.6 juta
  • BISNES

KKB Engineering peroleh kontrak RM111.6 juta

Utusan Sarawak 2 years ago

Syarikat telah menerima kontrak pesanan pembelian daripada Samsung Engineering (M) Sdn Bhd bagi modul fabrikasi dan pembekalan struktur keluli bagi projek loji gas darat Malaysia Shell R&M di Bintulu.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat KKB Engineering Bhd, OceanMight Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM111.6 juta daripada Samsung Engineering (M) Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KKB berkata, syarikat telah menerima kontrak pesanan pembelian daripada Samsung Engineering (M) Sdn Bhd bagi modul fabrikasi dan pembekalan struktur keluli bagi projek loji gas darat Malaysia Shell R&M di Bintulu.

“Tarikh dijadualkan siap untuk Samsung Engineering adalah pada suku ketiga 2024.

“Kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham syarikat dan dijangka menyumbang secara positif ke arah pendapatan dan aset bersihnya sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

Menurut KKB, antara faktor risiko yang mempengaruhi kontrak itu termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan mentah, mata wang dan perubahan harga, keadaan cuaca dan/atau situasi politik, ekonomi dan peraturan. – Bernama

Continue Reading

Previous: MBSB Bank tawar kemudahan patuh Syariah FSA2 kepada pencarum KWSP
Next: 299 dana daripada 18 IPD SPA KWSP 2023/2024 diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.