Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kitar sampah jadi sumber pendapatan
  • TEMPATAN

Kitar sampah jadi sumber pendapatan

Utusan Sarawak 5 years ago
MELIHAT… Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian semasa melawat tapak Pameran Innowaste yang diadakan di Permaisuri Mall di Miri, semalam.

MIRI : Warga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta agar lebih inovasi dan kreatif  dalam menguruskan sisa pembuangan dengan mengitar semula sampah untuk menjadi sumber pendapatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, menurut kajian yang dijalankan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Sarawak baru-baru ini,  dianggarkan 89.4 peratus sampah isi rumah dibuang sebagai sisa sampah sementara hanya 10.6 peratus dihantar untuk dikitar semula.

Katanya, bagi pengeluaran bukan komersial, institusi dan industri, sebanyak 82 peratus dibuang sebagai sisa buangan, dan 18 peratus dihantar untuk dikitar semula. 

“Sebagai perbandingan, Kementerian Alam Sekitar dan Pemuliharaan Jerman melaporkan bahawa pada tahun 2018, pengurusan sampah di negara itu telah berkembang menjadi sektor ekonomi yang besar dan kuat. 

“Jerman mencatatkan kadar kitar semula tertinggi iaitu sebanyak 67 peratus untuk sampah isi rumah, 70 peratus untuk sisa pengeluaran dan komersial dan hampir 90 peratus untuk sisa pembinaan.

” Ini berbeza dengan keadaan kita di Sarawak di mana pengurusan sampah menjadi lebih membebankan. 

“Oleh itu, marilah kita memikirkan lebih mendalam konsep  ‘WASTE to WEALTH’ dan tidak melihat output fizikal sahaja  tetapi memupuk dasar inovatif yang dapat membantu meningkatkan pendapatan majlis (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak dan Pameran Innowaste yang diadakan di Permaisuri Mall di sini, semalam.

Sebanyak 27 agensi terlibat dalam program tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bersama Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Antara agensi yang terlibat ialah MBM, Majlis Daerah Subis, Majlis Daerah Marudi,Majlis Daerah Sri Aman dan Majlis Daerah Limbang.

Mengenai program tersebut, Sim menyeru para peserta supaya menggunakan peluang tersebut untuk meneroka cara-cara yang berguna untuk meningkatkan rantaian pengurusan sisa dengan mencontohi amalan terbaik dari negara-negara luar seperti Jerman dan Jepun.  

“Saya ingin mengingatkan kita semua di sini pagi ini (semalam) agar tidak jemu untuk terus berinovasi dan mencari idea baharu  dan jika boleh, bekerjasama  antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang  terbaik.

“Menjadi harapan saya agar sifat inovasi dan kreativiti akan sentiasa menjadi asas jentera kementerian  tempatan dalam meningkatkan lagi prestasi kerja, kualiti dan produktiviti,” ujarnya.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr. Penguang Manggil, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan,Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Mohd Shahabudin Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Datu Antonio Kahti Galis , Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, Datuk Bandar MBM , Adam Yii dan Pemangku Residen Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pustaka Sibu sasar 5 peratus populasi guna perkhidmatan
Next: Projek BELB RM14 juta manfaatkan 12 rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.