Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kit ujian syarikat pemula Jepun tunjuk potensi awal pengesanan kanser
  • KESIHATAN

Kit ujian syarikat pemula Jepun tunjuk potensi awal pengesanan kanser

Utusan Sarawak 19 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Satu kit saringan risiko kanser berasaskan air kencing yang dibangunkan oleh sebuah syarikat pemula Jepun menunjukkan potensi dalam mengesan kanser pada peringkat awal menerusi kaedah tidak invasif, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kit ujian keluaran Craif Inc., syarikat keluaran sampingan Universiti Nagoya yang ditubuhkan pada 2018, juga boleh digunakan untuk menilai serentak risiko hingga tujuh jenis kanser.

Produk itu, yang tidak memerlukan ujian darah, berjaya mengesan perubahan pada sel yang mungkin bertukar menjadi kanser dalam kalangan penduduk di bandar-bandar di Hokkaido, utara Jepun, yang menerima 100 set kit ujian “miSignal” secara percuma sepanjang tahun sehingga Mac 2025.

“Kami berjaya mengesan dan merawat kanser yang sukar dikesan melalui sinar-X,” kata Profesor Tatsuya Kato daripada Hospital Universiti Hokkaido, sambil menambah bahawa kit ini amat penting di kawasan seperti Hokkaido yang mempunyai sumber perubatan terhad.

Kit ini dapat digunakan untuk mengesan mikroRNA, biopenanda yang diketahui untuk kaitannya dengan biologi kanser awal, dalam jumlah kecil air kencing serta membantu menyaring risiko kanser paru-paru, usus besar, pankreas dan lain-lain.

Hasil tinjauan menggunakan kit ujian itu diumumkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Pembedahan Dada Jepun pada Mei.

Dalam kalangan mereka berusia 60 tahun ke atas yang tidak menjalani ujian kanser paru-paru selama lima tahun atau lebih, satu tumor berjaya dikesan dalam paru-paru seorang wanita berusia lingkungan 60-an hingga membawa kepada pemeriksaan terperinci dan pembedahan yang berjaya. Tumor itu didiagnosis sebagai adenokarsinoma in situ “Tahap 0”.

Sel prakanser pada usus besar dan pankreas turut dikesan dalam kalangan enam individu semasa tinjauan berkenaan, menurut syarikat itu.

Di Jepun, dianggarkan seorang daripada dua individu akan menghidap kanser sepanjang hayat mereka, manakala seorang daripada empat lelaki dan seorang daripada enam wanita akan meninggal dunia akibat penyakit itu, menurut perangkaan Pusat Kanser Kebangsaan Jepun.

–Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Seorang lelaki meninggal dunia akibat selsema burung H5N1 di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.