Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kisah aneh lelaki Libya sebelum dibenar naik pesawat tunai haji
  • GLOBAL

Kisah aneh lelaki Libya sebelum dibenar naik pesawat tunai haji

Utusan Sarawak 1 day ago

Foto tular menunjukkan Amer (kiri) dan ketika lelaki itu di dalam pesawat.

TRIPOLI: Rezeki tidak pernah salah alamat. Itu kata-kata sesuai bagi menggambarkan kisah seorang lelaki Libya yang bersungguh menunaikan haji walaupun berdepan ujian menguji kesabarannya.

Portal abblive melaporkan, pesawat berkenaan pada mulanya berlepas tanpa Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi, namun dengan izin Allah SWT, lelaki itu dapat juga menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Cabaran Amer bermula selepas ditahan di imigresen di lapangan terbang, semasa pemeriksaan keselamatan dan lelaki itu kemudian ditahan daripada menaiki pesawat.

“Kami akan cuba menyelesaikannya untuk kamu, tetapi anda perlu menunggu bersama kami sebentar,” kata pegawai keselamatan di lapangan terbang.

Ketika kumpulannya menaiki penerbangan, Amer masih ditahan di kaunter lapangan terbang. 

Selepas isu keselamatan diselesaikan, juruterbang enggan membuka pintu untuknya dan memutuskan untuk berlepas tanpa lelaki itu, lapor Gulf News.

Walaupun pegawai keselamatan cuba menenangkannya, Amer enggan meninggalkan lapangan terbang sambil berkata, “Saya berhasrat untuk menunaikan haji, dan insya-Allah, saya akan pergi.”

Tidak lama selepas berlepas, pesawat itu mengalami kerosakan teknikal dan terpaksa berpatah balik.

Pesawat itu perlu dibaik pulih, namun juruterbang tetap enggan membuka pintu pesawat.

Selepas berlepas untuk kali kedua, pesawat itu berdepan masalah kali kedua hingga memaksa ia berpatah balik sekali lagi. 

Menurut penumpang dan anak kapal, selepas pendaratan kedua, kapten berkata, “Saya bersumpah saya tidak akan terbang lagi melainkan Amer bersama kami dalam pesawat ini.”

Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian membuka laluan untuk perjalanan Amer dan dia menaiki penerbangan pada percubaan kali ketiga.

“Saya hanya mahu pergi haji. Saya percaya bahawa jika ia ditulis untuk saya, tiada kuasa yang dapat menghalangnya.”

Gambar Amer bergambar bersama kru pesawat kemudiannya tular di media sosial.- Agensi

Continue Reading

Previous: Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim haji
Next: FPDA kekal relevan hadapi cabaran keselamatan moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.