Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kira-kira 100,000 buku disediakan kepada orang ramai hingga 29 September ini
  • WILAYAH

Kira-kira 100,000 buku disediakan kepada orang ramai hingga 29 September ini

Utusan Sarawak 8 months ago
PERASMIAN… Sempurai menyempurnakan majlis perasmian pesta buku di perpustakaan awam MDLBS, hari ini. Turut kelihatan ialah Jeremy (tiga, kanan).

SIBU: Kira-kira sebanyak 100,000 buku disediakan kepada orang ramai pada pesta buku bermula hari ini hingga 29 September ini.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai berkata, inisiatif itu bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membaca.

“Apabila membaca pada peranti, anda sering perlu memaksa diri anda untuk kekal fokus, tetapi membaca buku fizikal jauh lebih selesa untuk mata anda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian pesta buku di perpustakaan awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), hari ini.

Penganjuran program tersebut adalah inisiatif MDLBS dengan kerjasama Big Bad Wolf Books.

Sempurai berkata, penganjuran program tersebut memainkan peranan penting sebagai usaha memupuk generasi pembaca baharu.

“Dalam era digital ini, e-buku mudah diakses melalui telefon bimbit dan komputer.

“Walaupun e-buku menawarkan cara moden untuk membaca, buku fizikal masih menyimpan pengalaman unik dan berharga, sama seperti cara kami membaca pada masa lalu,” katanya.

Sementara itu, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Kanan Big Bad Wolf Books, Jeremy Ooi berkata, ini adalah pesta buku pertama mereka yang bertujuan mempromosikan amalan minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 kubur rosak dihempap pokok tumbang
Next: APM Lubok Antu pantau dua kawasan sungai berisiko dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.