Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kiosk mySalam kini ada di semua hospital kerajaan, termasuk Hospital Miri
  • SEMASA

Kiosk mySalam kini ada di semua hospital kerajaan, termasuk Hospital Miri

Utusan Sarawak 8 hours ago

KIOSK mySalam bukan hanya ada di Hospital Miri, malah terdapat di semua hospital kerajaan di Malaysia.

MIRI: Kiosk mySalam bukan sahaja terdapat di Hospital Miri, malah juga di semua hospital kerajaan di seluruh Malaysia.

Menurut kenyataan Hospital Miri yang disiarkan di Facebook hari ini, kiosk mySalam terletak di ruang menunggu Unit Hasil, Blok A, Hospital Miri.

Waktu operasi kiosk adalah dari Isnin hingga Jumaat, bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kelayakan penerima mySalam adalah seperti berikut: penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), berusia antara 18 hingga 65 tahun bagi yang sudah berkahwin, 18 hingga 65 tahun bagi Orang Kurang Upaya (OKU), dan 21 hingga 65 tahun bagi yang bujang.

Manfaat mySalam adalah seperti RM8,000 untuk 50 jenis penyakit kritikal dan RM50 elaun hospital harian sehingga 14 hari setahun.

Dokumen yang diperlukan ialah kad pengenalan dan surat discaj dari hospital.

Sehubungan itu, orang ramai agar melayari laman sesawang mySalam di pautan www.mysalam.com.my atau hubungi talian 1300888938 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JPJ terima anugerah ‘Digital Transformation of the Year – Transportation’
Next: Portal eGUMIS terima anugerah Malaysia Public Sector Initiative of the Year 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.