Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kim Woo-bin dan Shin Min-ah rasmi bergelar suami isteri
  • HIBURAN

Kim Woo-bin dan Shin Min-ah rasmi bergelar suami isteri

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR tangkap layar instagram ament_official merupakan agensi dinaungi Kim Woo-bin dan Shin Min-ah.

SEOUL: Aktor dan aktris terkemuka Korea Selatan, Kim Woo-bin dan Shin Min-ah, secara rasmi mengikat janji perkahwinan hari ini, dalam sebuah upacara tertutup yang diadakan di sini.

Menurut laporan Maeil Business Newspaper, perkahwinan pasangan selebriti itu berlangsung secara peribadi di Hotel Shilla, Jangchung-dong, dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Antara individu yang mencuri perhatian pada majlis tersebut ialah Lee Kwang-soo, sahabat lama Kim Woo-bin, yang diberi kepercayaan sebagai pengacara majlis.

Berita perkahwinan ini menandakan lembaran baharu dalam perjalanan cinta Kim Woo-bin dan Shin Min-ah, yang telah terjalin hampir satu dekad.

Mereka pertama kali bertemu pada 2015 ketika terlibat dalam sebuah projek iklan bersama.

Hubungan mereka kemudiannya diketahui umum selepas laporan media menyiarkan foto pertemuan mereka pada tahun yang sama.

Shin Min-ah memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan pada 2001 menerusi drama Beautiful Days terbitan SBS.

Namanya semakin melonjak menerusi beberapa drama popular, termasuk My Girlfriend Is a Gumiho.

Pada 2026, beliau dijadualkan kembali menemui penonton menerusi siri fantasi original Disney+ berjudul The Remarried Empress.

Sementara itu, Kim Woo-bin memulakan kerjayanya sebagai model pentas peragaan di Minggu Fesyen Seoul pada 2008 sebelum menceburi bidang lakonan pada 2011.

Beliau dikenali ramai menerusi wataknya dalam drama popular seperti School 2013, The Heirs dan Uncontrollably Fond.

Terkini, Kim Woo-bin turut tampil dalam program varieti tvN Green Bean, Red Bean: Joy Pops Laugh Pops, yang memaparkan keakraban beliau bersama Lee Kwang-soo dan Doh Kyung-soo.

Dengan perkahwinan ini, Kim Woo-bin dan Shin Min-ah kini menyertai senarai pasangan selebriti Korea yang telah melangkah ke alam perkahwinan, termasuk Hyun Bin–Son Ye Jin, Lee Byung Hun–Lee Min Jung, Rain–Kim Tae Hee, serta Won Bin–Lee Na Young. – Agensi

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Brad Pitt raih kemenangan mahkamah, Jolie diarah serah mesej peribadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.